Assalamualaikum,

Saya baru tengok iklan raya Petronas 2013. Menyentuh perasaan. Mengusik jiwa. Hampir hampir mengalir air mata. Jom kita saksikan video ini.



Saya sebenarnya kagum dengan semangat dan kegigihan seorang emak yang bekerja keras untuk mencari rezeki buat menampung perbelanjaan anaknya belajar.

Seorang emak yang bekerja keras, gigih dan kuat semangat mahu melakukan yang terbaik untuk anaknya.

Saya juga kagum dengan kegigihan seorang anak yang sanggup membantu ibunya walaupun sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan SPM. Tak ramai anak yang sanggup 'membantu' ibunya hari ini.

Saya mendoakan agar lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya anak bangsa saya untuk mempunyai semangat sebegini.

Ayuh kita semua... Biar letih bekerja kemudian berehat. Jangan letih berehat kemudian baru nak kerja.

Jangan beri alasan. Lipat gandakan usaha kita untuk lebih berjaya.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top