Assalamualaikum,

Hari ini saya sibuk sikit. So, update pun ringkas-ringkas saja.

1) KUTIPAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU

Untuk makluman anda, kutipan untuk majllis sambutan berbuka puasa di surau saya sudah melebihi kuota. Jumlah yang disasarkan adalah RM12,000. Tapi jumlah kutipan sekarang adalah RM14,+++.

Maka saya dengan ini menutup kutipan sambutan ini. JANGAN TRANSFER DUIT KE AKAUN SAYA DAH OK.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang menderma. Semoga Allah merahmati usaha kita ini.

2) MARKETING STRATEGY EBOOK 

FYI, EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG yang saya tulis sudah terjual hampir 300 naskah dalam tempoh 20 hari pelancaran. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang membeli.

Sekarang ini, saya sedang merangka strategi pemasaran yang baru. Saya sedang dalam proses perbincangan untuk membuat video iklan bagi ebook ini.

Kemudian, saya dalam proses menyiapkan Minisite khas untuk EBOOK ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan saya. Ada seorang sahabat yang 'volunteer' nak buat minisite secara percuma kepada saya.

Semoga Allah mudahkan urusan beliau di dunia dan di akhirat.

3) BUKU EBOOK BARU

Sekarang, saya nak tulis EBOOK baru. EBOOK ini akan menceritakan bagaimana Maria 'terbuka' hati nak buat bisnes.

Kemudian, saya akan ceritakan macam mana beliau bermula. Di mana beliau belajar dan cara beliau menjalankan perniagaan.

Yang akhirnya, dalam tempoh 4 bulan buat bisnes Shaklee. Maria terpaksa berhenti kerja kerana tak menang tangan nak handle customer.

Dan Alhamdulillah, Maria kini dapat buat bisnes dari rumah dan memperoleh income 4 angka secara konsisten.

Saya adalah 'dalang' di sebalik Maria berhenti kerja ini. Saya 'monitor' Maria dari dekat. Just to make sure dia berjaya.

Insya Allah, dalam EBOOK ini saya akan share dengan anda amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk memurahkan rezeki. Amalan-amalan ini diajar dalam Group yang Maria join. Agar, apa yang mereka lakukan dalam perniagaan ini sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.

Semoga EBOOK ini akan memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk faham bagaimana cara untuk buat business dengan cara yang lebih mudah. Maksud saya, dengan modal yang kecil dan dilakukan secara online dari rumah.

Doakan saya ya... Semoga berjaya...

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top