Assalamualaikum,

Minggu ni, asyik cerita pasal EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG saja. Nak buat macam mana, it's time to promote my book.

Sejujurnya, saya sebenarnya rasa amat bersyukur. Syukur kerana buku ini dapat disiapkan. Syukur kerana dapat memberi manfaat kepada ramai orang.

Penghasilan buku ini sebenarnya adalah "TESTIMONI" kepada apa yang saya tulis dalam buku itu sendiri. Dalam buku ini, saya menulis bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang luar biasa.

Penghasilan buku ini sebenarnya adalah sesuatu yang 'luar biasa' bagi saya. Ya. Bukan mudah untuk menyiapkan satu buku. Inikan pula saya siapkan 3 buah buku sekali gus.

"Seriously, it's extraordinary." Luar daripada kebiasaan yang saya lakukan.

Saya menerima panggilan telefon daripada ramai kawan dan pembaca. Mereka mengucapkan tahniah kepada saya. Mereka juga bertanya soalan 'famous' kepada saya. Mereka tanya kepada saya, macam mana saya sempat menulis 3 buah buku yang hebat dalam masa yang singkat?

Kalau mereka belum baca buku itu lagi, saya akan katakan kepada mereka.

"Bacalah Buku #3 "Rahsia Pelajar Luar Biasa", untuk berjaya menulis ketiga-tiga buku ini. Saya hanya mengamalkan sebahagian daripada 11 Tips yang terdapat dalam buku itu. Inilah rahsianya untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa".

Ada juga pembaca yang berkata kepada saya.

"Macam manalah Firdaus cari masa? Dengan sibuk bisnes macam-macam, sempat lagi nak tulis buku."

Jawapan saya mudah.

"Sebenarnya, Allah beri masa yang cukup kepada kita semua. Kita hanya perlu gunakan masa itu sebaiknya. Dan saya juga cerita dalam Buku #3 macam mana nak menguruskan kehidupan kalau kita seorang yang super-duper sibuk.

Saya cerita dalam buku itu juga mengenai konsep keberkatan. Macam mana nak memperoleh hidup yang berkat. Apabila hidup kita diberkati Allah, kita buat sedikit, kesannya banyak. Masa kita sikit, tapi banyak yang boleh disiapkan. Duit kita sikit, tapi sentiasa terasa cukup. Rahsia ini terdapat dalam Buku #2. Bagaimana mahu hidup dalam keberkatan Allah.

Saya juga cerita dalam Buku #3 macam mana nak buat sesuatu yang luar biasa. Jika kita berjaya buat. Insya Allah. Kita akan berjaya mencapai semua perkara yang kita impikan."

Sebab itulah, bila ramai yang membaca. Komen mereka, buku ini bukan saja sesuai untuk student. Tapi sesuai untuk semua orang yang mahu perubahan dalam hidup mereka. Mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Ini komen terbaru saya terima dari seorang Doktor. Sejujurnya, saya tidak mengenali beliau. Beliau baru sahaja membaca EBOOK saya semalam. Pada waktu malam, terus saya lihat di FB beliau post ini.

Terharu saya dibuatnya. Alhamdulillah.



Saya bersyukur kalau selama ini apa yang saya tulis di blog ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Saya mahu melihat kita semua berjaya. Saya mahu melihat anak bangsa kita berjaya. Saya mahu lihat kita semua dapat hidup luar biasa. Tak mahu lagi ada yang hidup biasa-biasa.

Saya amat berharap agar anda yang membaca ENTRI ini agar dapat membaca ketiga-tiga buah buku yang telah saya hasilkan. Bacalah dengan hati yang tenang. Insya Allah, banyak manfaat yang anda akan dapat.

Berikan buku ini kepada anak-anak anda yang selalu kata 'Belajar Itu Susah!'. Berikan kepada mereka yang tidak suka untuk belajar. Mudah-mudahan, mereka akan faham mengapa mereka perlu menjadi pelajar cemerlang. Mudah mudahan mereka akan faham apa akan jadi kepada mereka sekiranya mereka malas sekarang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan EBOOK ini. Sila layari :

http://www.mariafirdaus.com.my/2013/06/pelancaran-ebook-rahsia-kejayaan_6.html

And one thing, jika anda seorang yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan merasakan anda teringin sangat nak baca buku ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak anda. Maklumkan kepada saya, saya berbesar hati untuk memberikan buku ini secara percuma kepada anda.

Saya mahu melihat seramai mungkin orang dapat membaca buku ini.

Semoga, ia menjadi amal ibadah yang diterima Nya. Semoga ia menjadi pencen kubur buat saya satu hari nanti...

Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad

"Memberi Dan Terus Memberi"

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top