Assalamualaikum,

Hari ini, 5 May 2013. Hari yang amat bersejarah untuk kita semua. Saya percaya, pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah Malaysia.

Semua orang, tak kira jauh atau dekat mengambil kesempatan ini untuk menjalankan tanggung jawab masing masing.

Abang saya, umur 38 tahun. Tak pernah pun mengundi sebelum ni sebab dia tinggal di oversea dulu. Ini kali pertama dia mengundi. Walaupun kerja di Kelantan, family tinggal di KL. Weekend ni, dia naik flight dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Semalam, dia drive dari KL ke Parit Buntar. Tengah hari baru sampai.

Hanya untuk memberikan satu undi. Pagi ini, selepas mengundi. Dia terus berangkat pulang ke KL. Esok pagi, naik kapal terbang pulang ke Kelantan.

Allahuakbar. Mencabar sungguh untuk dia mengundi.


Pemandangan sekitar kawasan Parit Buntar di pagi hari ini.


Berhampiran dengan tempat mengundi. Keadaan sedikit sesak kerana kereta banyak parking di tepi jalan.


Saya mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Kedah. Saluran 3.


Saya dan Maria bergambar. Saja bawa Fateh sekali. Kami sedang menunggu untuk mendapatkan kertas undi.


Suasana di pintu masuk. Dalam tempat mengundi, kami tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Kalau tak, boleh ambil gambar dan tunjuk undi saya di sini. Heheh.. Biar terang lagi bersuluh saya sokong yang mana.


Jariku yang berwarna biru. Saya cuba cuci dengan diesel. Tapi tak hilang. Macam manalah orang lain punya boleh hilang. Abang ipar saya pun hantar gambar, warna biru dia hilang. Kawan kawan di facebook pun ramai yang hilang.

Apa pun jua, kita tunggu keputusan sehingga petang ini. Insya Allah, segala penantian kita akan berakhir. 

Sama ada kita akan dapat Perdana Menteri yang baru atau pun Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri kita. Kita tunggu jam 8 malam ini.

Insya Allahh.... Semoga siapa saja yang menang, mereka dapat mentadbir negara ini mengikut acuan Islam yang sebenar. Semoga nasib rakyat semakin terbela selepas ini.

Biar siapa yang kita sokong, jangan bergaduh dengan rakan rakan kita yang lain. Jangan berbalah dengan mereka. Kalau parti yang kita sokong menang, jangan terlalu seronok. Jangan kutuk kawan di parti lain.

Kalau kita parti kita kalah, terima seadanya. Itu yang terbaik yang Allah tetapkan kali ini. Semoga Allah beri yang terbaik untuk kita semua....

Wassalam

*********************************************************************************
Lawak Lawak Hari Ini Yang Sempat Di Kesan Hari Ini


Patutnya Dakwat Kekal Guna Yang Macam Ni. Confirm lagi murah dari dakwat yang tak kekal tu.


Bayangkan kalau hidung kita terkena macam ni. Fuhhhh... Kesian kat dia ni.Kena pakai purdahlah macam ni. Nauzubillah.

Baju ni yang mahal. Skuad Pemburu Bangla...

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top