Assalamualaikum,

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda Resipi Aiskrim Goreng. 

Kita mesti pernah dengar Aiskrim Gorengkan. Tapi, tak ramai yang tahu Resipi Aiskrim Goreng tu sendiri..

Saya langsung tak pernah tengok dan tak pernah makan pun aiskrim goreng ni. Tak dapat nak bayang, macam mana nak buat aiskrim goreng.

Ingatkan susah. Rupa rupanya senang saja. Lepas saya kongsi dengan anda resipi ini, pastikan anda buat di rumah ok.


Step 1 : Beli Roti Gardenia. Letakkan sekeping roti di atas pinggan. 


Letakkan aiskrim di bahagian tengah roti macam di atas. Jangan letak terlalu banyak. Nanti takut pecah masa anda nak tekan.


 Kemudian, letakkan sekeping lagi roti di atas. Ambil satu bekas yang bulat dan tekankan seperti di atas. Tekan dengan kuat dan pusing pusing sikit untuk asingkan bahagian luar dan dalam.


Kemudian, roti aiskrim akan berbentuk bulat sebegini. * Bahagian tepi yang dibuang tu boleh di buat bengkang roti. Jangan buang. Membazir amalan syaitan.


Kemudian, letakkan dalam plastik dan masukkan kembali ke dalam peti ais bahagian atas untuk sejukkan roti ini.


Ulang step ini. Buat banyak banyak. Senang boleh goreng sekali banyak banyak. Percayalah, buat banyak. Sebab mesti tak cukup kalau buat sikit.


Selepas sekurang kurangnya 2-3 jam dimasukkan dalam peti ais. Kalau 2-3 hari, 2-3 minggu pun boleh. Tak kisah. Lepas keluarkan aiskrim dari dalam peti ais, boleh terus goreng. Pastikan minyak panas betul betul. Kemudian, masukkan roti ini ke dalam minyak yang panas. Jangan lama, sekejap sahaja. Jangan sampai hangit.


Roti aiskrim goreng sudah siap untuk dimakan. 

Anda boleh menikmati Roti Aiskrim Goreng yang rangup rasanya dibahagian luar dan sejuk serta lembut di bahagian dalam. 

Percayalah.... Sedap..... Terbaik.... Anak anda pasti suka.

So, tunggu apa lagi... Cepat, pergi beli Roti Gardenia dan Aiskrim. Buat Aiskrim Goreng anda sendiri.

Semoga, ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua hari ini.

Wassalam.

* Kalau anda suka dengan entri ini, anda boleh tekan button LIKE di bawah. Share dengan rakan rakan anda Resipi Aiskrim Goreng ini.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top