Assalamualaikum,

Rasanya semua dah tahu, saya dan Maria menyertai program Advanced Marketing Power (AMP) anjuran Dr Azizan Osman yang diadakan di Shah Alam Convention Centre minggu lepas.

Saya sudah menyertai program Dr Azizan beberapa kali sebagai peserta. 

Kali ini Maria ingin sertai program ini. Mahu tak mahu saya pun terpaksa pergi ke Shah Alam juga untuk hantar Maria ke sana.

Mengambil kesempatan ini, saya mendaftar diri untuk menjadi Krew program. Pengarah Krew adalah Abang Zaidi. Hanya peserta yang pernah menyertai Program AMP terdahulu sahaja dibenarkan untuk menjadi krew AMP kali ini.

Saya saja nak cari pengalaman apa rasanya jadi krew. Nampak macam best aja.


Krew berkumpul untuk diberi taklimat ringkas pembahagian tugas oleh big bos. Abang Zaidi. 


Hari pertama, saya bertugas di kaunter pendaftaran. Saya jaga di tingkat atas. Orang tak berapa ramai sangat di bahagian atas.


Beginilah suasana di bahagian bawah pada hari  pertama. Agak lengang. Ini kerana hari ini dikhaskan untuk pendaftaran sahaja. Program belum bermula lagi.



Inilah suasana di hadapan tempat pendaftaran pada pagi program. Orang ramai berebut rebut untuk masuk ke dalam dewan dan ada juga yang baru hendak mendaftar pagi itu.


Suasana di dalam dewan. Harap maklum yer. Dalam dewan tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Tapi, waktu ini Dr Azizan yang suruh kami ambil gambar.


Bersama fail yang mengandungi nota seminar.


Kami para krew diberi makanan. Brother yang duduk atas meja yang tengah suap makanan tu, baru setahun buat bisnes. Tahun ni dah jadi jutawan. In come sehari dalam RM2,000 bersih. Cukup la dia kata.


Saya bergambar bersama Aqif Azizan dan Raja Safuan. Dua orang jutawan muda yang dilahirkan oleh Dr Azizan.


Then, salah satu syarikat Dr Azizan yang bertanggung jawab untuk buat Branding membuat penjenamaan semula untuk syarikat Kopi Katz. Amcam? Cantik tak? Sebab tu la penting untuk kita buat Branding yang betul. Baru orang teruja nak makan.


Ini pula, Branding untuk supplier ayam. Grand Fresh Chicken. Cantik tak?


Keesokan harinya, kami terus berjumpa dengan En Azul, Pengarah Urusan Print Monster untuk buat Rebranding syarikat kami. Nanti kita tengok hasilnya ok.

Alhamdulillah. Selesai tanggung jawab saya sebagai krew. Kalau anda tanya, memang rasa penat gila. Sebab kami tak leh duduk sepanjang program. Asyik kena berdiri saja. Ramai krew yang kata 3 hari bertugas ni rasa macam nak tercabut lutut. 

Syukur Alhamdulillah, saya makan vitamin Shaklee, sedikit sebanyak membantu untuk mengekalkan kecergasan saya sepanjang program.

Oklah... Lain kali, kalau ada lagi tawaran nak jadi krew.. Rasanya tak dah kot... Saya nak jadi peserta aja la... Boleh tahan penat buat kerja krew ni. Tapi pengalaman memang best. Dapat jumpa krew krew lain yang  ramai dah bergelar jutawan. Sama sama kami ambil aura usahawan.

Oklah... Till then.

Wassalam

[DAPATKAN EBOOK TIPS DAN MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA DI www.ebookniaga.com/sorryboss/maria]

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top