Assalamualaikum,



Maria ada menerima beberapa email daripada pembaca blog ini, yang berkongsi tentang kisah hidup mereka.

Terima kasih banyak-banyak atas email anda semua. Kami memang sangat berbesar hati menerima email-email feedback sebegini. Kerana ini menunjukkan ada insan-insan di luar sana yang mendapat sedikit manfaat daripada perkongsian pengalaman kami dalam blog. Ini menjadikan kami lebih bermotivasi untuk terus berkongsi :)

Kali ini, Maria ingin berkongsi kisah hidup salah seorang pembaca blog kami, beserta sedikit nasihat untuk mereka yang mungkin mempunyai kisah dan masalah yang sama seperti beliau.

* Beberapa info dalam email ini telah dipadamkan untuk merahsiakan identiti beliau.

-----------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum Pn Maria dan En Firdaus sekeluarga,

Sebelum terlanjur bicara, mohon dimaafkan jika emel ini mencuri sedikit masa tuan dan puan untuk ditatapi.
Sebelum pergi lebih jauh, adalah baik kalau sy memperkenalkan diri sebagai En X, berusia XX tahun, bekerjaya tetap sebagai XXX dalam syarikat swasta di Negeri XXX .

Adalah lebih baik saya letakkan dalam bentuk point untuk memudahkan Pn membacanya.

1- Saya mula membaca laman web http://www.mariafirdaus.com.my/ dalam minggu ini. Kali pertama terjumpa dan terus jatuh hati untuk membaca ketika surf untuk projek penternakan puyuh. Alhamdulillah 2 hari saja sy perlukan untuk habiskan semua kisah dalam jerit perit En Firdaus untuk menternak ayam. Sangat bermotivasi pada awalnya, tetapi merudum ketika di akhirnya. Puncanya modal. Apapun tahniah kepada En Firdaus untuk segala pahit manisnya. Sy benar2 kagum.

2- Hari ini, saya khatamkan pula kisah Pn dalam bussiness oppurtinity, sy terkesima di tempat duduk saya (pejabat), kaku dan menyalahkan diri sendiri atas 'pengabaian' maklumat yang saya dapat selama ini tentang peluang perniagaan online, sedangkan saya telah tahu perkara ini sejak masih bergelar pelajar beberapa tahun lalu.

3- Sy harap Pn tidak jemu membaca sedikit coretan hidup saya untuk sedikit pencerahan. Saya tamat belajar pada akhir tahun XXXX di luar negara pada peringkat ijazah sarjana muda dan pulang dengan harapan bekerja dengan kerajaan. 2 bulan selepas pulang saya masih di rumah tanpa sebarang panggilan pekerjaan dari kerajaan. 

Lppa untuk memberitahu, kampung saya di XXX. Masuk bulan ketiga, sy mendapat panggilan untuk menjadi XXXX di 2 buah syarikat swasta. Mahu tidak mahu, sy terpaksa sambut tawaran itu tetapi masih mengharap untuk kerja kerajaan. 1 di XX, 1 di YY. Setelah memikirkan segala sudut sy terima kerja di YY. 

Sekarang, saya masih di sini dan akaun kewangan sy masih sama ketika sy pulang dari luar negara. Sedih saya memikirkannya.Jauh belajar, tinggi pula tu dan akhirnya jauh merantau, adakah hanya ini hasilnya?

4- Sy bukan tidak berjimat tetapi mcm yg diceritakan di atas td, sy mengabaikan maklumat dan memandang sepi  perniagaan online dan peluang2 yg lain. Bayangkan, sayalah sorang2nya XXXX yg menaiki motosikal yg sy beli dengan wang sendiri 2 tahun lamanya. Sy ulang, satu2nya orang. 

Sy tahan cemburu ketika rakan2 lain menaiki kereta walaupun sy ada lebihan sedikit wang untuk membelinya. 2012 sy ambil jg kereta setelah bayaran ansuran bulanan motorsikal selesai. Mac 2013, sy terpaksa membayar insuran dan roadtax kereta sebanyak RM 1500, hutang dengan satu syarikat kredit.

5-Inilah sebab asal sy mula untuk bekerja sendiri. RM 1000 pun tiada dalam akaun bank setelah  masuk 3 tahun 3 bulan bekerja. Sy mula bermuhasabah diri, sy dah 3 tahun bekerja untuk mengkayakan org lain, terlalu lama rasanya dan terlebih banyak komitmen yg saya curahkan, tp sia2. 

Maka sy mula mengorak langkah. Sy tertarik utk bertani dan menternak. Mula surf dan surf. Akhirnya bertemu dengan laman web Pn.

6-Setelah berpuluh-puluh kali memikirkan buruk baiknya, sy rasa saya hendak mencuba perniagaan online sesegera mungkin sebagai part-time terlebih dahulu. Sy ter'motivasi' dengan cerita Pn khususnya. Tapi........

7- Sebelum itu, sy mohon nasihat dan panduan dari Pn. Sesuaikah sy sbg lelaki untuk bersama dalam bisnes Shaklee ini? Sekiranya tidak sesuai, boleh cadangkan tak bisnes apa yg sesuai untuk sy? dan boleh tak Pn untuk menjadi mentor sy? 

Jgn risau, sy seorang yg sangat suka belajar dan sangat bermotivasi. Buktinya, sy adalah seorang pelajar cemerlang  di Mlaysia dan di luar negara ketika masih bergelar peeljar.

Bukan untuk menunjuk tetapi ketika terpaksa berhutang untuk membayar insurans dan road tax kereta 2 bulan yg lalu, sy sangat down. 2 bulan lamanya, sy hilang motivasi. Terus-terang, sy x pernah seperti ini sebelum ni. Minggu ini umumnya dan hari ini khususnya, bila sy membc cerita Pn, motivasi sy naik 100%. Sy nak berjaya seperti Pn dan orang lain. Itu tekad sy hari ini dan insyaallah, itulah selama ini yg sy lakukan.

8. Mungkin ada hikmahnya sy bekerja swasta sekarang, gaji x setimpal dengan kerja bertimbun. kerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu dengan gaji RM 1xxx, balik kg 2x setahun sbb x cukup duit nk bayar tol dan minyak. Puas ati x? X berbaloi!! ttp dalam 3 tahun ini sy belajar sesuatu, 'Kalau nk berjaya, jgn kerja di bawah org lain'.

9. Kalau boleh, sy nak tau pasal semua yg melibatkan bisnes shaklee ini atas kapasiti seorang peniaga online (beginner) dan patutkah kalau sy fokus kepada lebih dari satu syarikat dalm bisnes online?Sy boleh dikatakan mahir dalam aplikasi komputer cuma satu kekurangan sy, sy x tahu dan x reti marketing dan malu pula dalam hal2 seperti ini.

Akhir sekali, mohon share lagi tulisan tentang bisnes berdikari ini. Saya rasa bukan sy seorang yg selalu melepaskan peluang di depan mata. Terima kasih untuk perhatian Pn. Mohon sampaikan salam kpd suami walau x pernah bertemu, kita saudara dalam Islam.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ini jawapan Maria kepada beliau:-

Waalaikumussalam,
Terima kasih sbb sudi baca blog kami.
Terima kasih juga atas email yang panjang lebar. Kami bersimpati atas segala masalah yg dihadapi.
Dr Azizan Osman ajar, biznes maksudnya kita cari apa masalah orang yg kita boleh selesaikan.

Setiap MASALAH adalah PELUANG, bila ada peluang, ada juga WANG.

So target buat biznes untuk bantu selesaikan masalah orang, bukan hanya nak untung semata-mata.
Shaklee ada vitamin yg sesuai utk SEMUA ORANG. Ada utk general health, set bersalin, set kurus, set kecantikan.
So terpulang kita nak focus yg mana, based on our own preferences. Tapi kebanyakan lelaki jarang yang minat nk mkn supplement. Maka target customer lebih kpd wanita.
Mcm saya, focus on set bersalin & breastfeeding based on my own experience. Jadi saya dah jadi pakar dalam bidang breastfeeding. Niat saya utk tolong orang2 yang ada masalah breastfeeding supaya berjaya susukan anak2 mereka hingga 2 thn.
Cuba cari apa masalah kesihatan yg biasa dihadapi oleh u dan orang2 sekeliling u.
Cthnya yang selalu mengantuk & sakit kepala, boleh cuba Bcomplex.
Yang selalu keletihan, boleh cuba Vitalea multivitamin.
Kalau yang selalu sakit2 badan, boleh cuba Ostematrix calcium.
So cuba cari apa masalah kesihatan yg nak focus, then insyaAllah akan ada jalan penyelesaian dari vitamin Shaklee.
Dan seelok2nya, bila kita sendri guna produk tu, lebih senang dan yakin kita nak share dgn orang lain.
Itu kalau u berminat nk try Shaklee. Cara register boleh baca di sini:-
Lps join Shaklee, insyaAllah kita akan guide cara nak buat biznes.
At the same time, u boleh buat apa sahaja biznes yg boleh dibuat.
Kalau takde produk sendiri, ambil produk orang dan pasarkan secara online.
Juallah apa saja, sekarang ni jual kerepek, kek coklat pun orang boleh jadi Jutawan. Dgn syarat ikut strategi yg betul.
Now, u boleh like page Dr Azizan https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan utk motivasi harian & program2 keusahawanan free yg dia buat..
Anything can let me know :)

Warm Regards,
Maria

--------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga ada pembaca lain yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini..

InsyaAllah, me and my team in Shaklee akan berusaha yang terbaik untuk membantu anda yang menyertai group Shaklee kami untuk menjana pendapatan secara part time atau full time. Dengan adanya ilmu dan tindakan yang konsisten, InsyaAllah kita akan sama-sama berjaya. 



Thanks for reading! :)

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top