Assalamualaikum,
 
Just nak share dengan para pembaca satu kisah...
 
Semalam, seorang sahabat saya telah kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kelantan. Kejadian berlaku berhampiran Tasik Banding.
 
Pada waktu itu, beliau memandu kereta waja bersama seorang lagi sahabat. Hujan lebat pada waktu itu. Jalan agak licin.
 
Beliau memandu sekitar 60km/j. Tiba di satu selekoh, tengok tengok selekoh tu tajam.
 
Beliau tekan brek. Disebabkan jalan licin, keretanya berpusing pusing dua kali sebelum melanggar lereng bukit di tepi jalan.
 

Gambar Hiasan : Bumper kereta jatuh, radiator rosak. Bahagian depan hampir hancur. Kereta tak boleh jalan.


Gambar Hiasan : Disebabkan kereta dah terbalik di lereng bukit, takkan nak tunggu dalam kereta pulak. Kereta dah senget masuk longkang tepi. Waktu tu pulak hujan. Terpaksalah tunggu di luar kereta.
 
Habis basah lencun mereka berdua. Kemalangan berlaku jam 3.30 petang. Di Tasik Banding. Tempat tu tak ada line telefon. Syukur juga, ada sekejap sekejap signal dari Celcom. Maxis terus tak ada. Mereka dapat menghubungi bengkel di Butterworth untuk bawa Tow Truck untuk angkat kereta ni balik bawa ke Butterworth.
 
Sementara itu, terpaksalah mereka tunggu di situ. Nak tinggalkan kereta, takut tow truck lain pulak yang angkat kereta ni. Terpaksalah tunggu di kereta. Tak dapat dibayangkan, betapa penatnya nak menunggu di situ dalam keadaan hujan.
 
Disebabkan jauh, tow truck tu sampai jam 9.30 malam. Lamalah mereka 'wirid' di situ. Kemudian, singgah di Gerik sekejap sebab nak buat laporan polis. Kena denda RM300.
 
Sampai di Butterworth jam 3.00 pagi.
 
Allah Allah... Besar ujian buat mereka. Syukur mereka tidak cedera.
 
Pengajaran Buat Kita Semua
 
Kalau bawa kereta, pandu secara berhemah. Jangan pandu laju semasa hujan. Bahaya. Jalan licin. Ingat, kemalangan boleh berlaku di mana mana. Beringat sebelum kena.
 
Sekarang, kawan saya dalam kesusahan. Tak ada kereta nak guna sementara nak tunggu kereta di nak repair.
 
Sama sama kita doakan, semoga Allah mudahkan urusan mereka.
 
Wassalam
 

2 comments:

  1. MashaAllah..
    taknak bawak laju lagi dah..

    ReplyDelete
  2. kalau kite xcident dan pg lapor polis, mmg kne denda ke?

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top