Assalamualaikum,
 
Hari Jumaat - Ahad ( 10 -12 May ) Maria dan Firdaus ada di Shah Alam. Maria menghadiri kursus Advanced Marketing Power 2013 yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman.
 
Semalam dah complete satu hari. Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang Maria belajar di sana. Basically, Maria belajar cara macam mana nak 'boost' business.
 
Firdaus pun join juga.  Bukan sebagai peserta. Tapi sebagai Krew. Sukarelawan yang membantu para peserta di sepanjang program ini.
 
Dalam dewan ni, tak dibenarkan ambil gambar. So, Maria share gambar di luar dewan sajalah ok.
 

Fail yang diberikan. Ada banyak nota di dalam buku ini.


Jumlah peserta ada 3000 orang. Cuba bayangkan macam mana keadaan 3000 orang yang masuk ke dalam dewan serentak.

 
Maria bergambar dengan rakan rakan seperjuanagn. Baju oren tu, Kak Farihan. Kawan Maria di Sheffield dulu. Dulu dia engineer di PETRONAS, sekarang dah berhenti kerja. Buat business Jual Tudung. Boleh tengok koleksi tudung dia di Facebook Fanpage : Zafa Scarf.
 
Hari ini kursus bersambung. Semasa anda membaca artikel ini, mungkin Maria sedang berada dalam dewan SACC. Menuntut ilmu macam mana nak berniaga.
 
Insya Allah, ada kelapangan nanti Maria akan share ilmu ilmu yang Maria belajar di sepanjang kursus ini.
 
Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top