Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Semalam 6 April 2013, saya dan Maria berpeluang menghadiri Seminar Berani Berniaga 2013 anjuran Dr Azizan Osman di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang.

Saya yakin, ada di antara pembaca blog ini juga yang hadir ke kursus ini. Tahniah kepada anda yang hadir.

Memandangkan seminar ini adalah 100% percuma, jumlah yang hadir. Masya Allah.... Usah dikenanglah. Memang penuh dewan tu. Saya anggarkan lebih daripada 2000 orang yang hadir.

Orang Kampung

Memandangkan kursus ini free, saya ajak 3 orang kakak di kampung saya untuk pergi bersama kami. Mereka turut menjalankan perniagaan secara kecil kecilan di sini.

Saya mahu mereka berjaya. Saya mahu mereka tahu cara berniaga dengan betul. Sebab itulah saya ajak mereka juga untuk turut serta.

Kesannya, mereka amat teruja dan berazam untuk bekerja lebih keras lepas ini bagi memajukan perniagaan mereke. Alhamdulillah... Seronok rasanya...

Memandangkan kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan ini. Maka, tiada gambar yang dapat kami kongsikan dengan anda. Saya sendiri tak mahu ambil gambar kerana menghormati hak penganjur yang tidak mahu kami merakam gambar program mereka.


SMS reminder di hantar sehari sebelum program bagi mereka yang telah mendaftar.

Kami sampai pada jam 8 pagi, dan hanya dapat duduk di barisan paling belakang. Ramai juga yang tidak dapat tempat duduk dan terpaksa duduk di atas lantai. Apa-apa pun, tak kisahlah dimana kita duduk. Yang penting ilmu yang kami dapat adalah sangat berharga.



Alhamdulillah, walaupun seminar ini percuma, kami tetap diberi sebuah buku dan sebatang pen setiap seorang. Terima kasih Dr Azizan!!


Sedondon berbaju merah, semangat Berani Berniaga. Dah berani kenalah warna merah...... Nak ikutkan, ini pun salah. Sebab ambil gambar dalam dewan. Tapi, Maria nak sangat ambil gambar dalam dewan... Bagi semangat sket.....


Disebabkan dalam semua program Dr Azizan, kanak-kanak dilarang masuk, maka Fateh yang baru berumur 6 bulan dan masih menyusu susu ibu sepenuhnya terpaksa ditinggalkan sekejap dengan Opah dan Bibik. 

Tapi, hak Fateh untuk dapatkan makanan terbaik untuknya takkan sesekali Ummi abaikan, walau di mana saja Ummi berada. So Ummi sempat pam susu untuk Fateh dalam kereta sebelum start event. Thanks to Medela Freestyle Breastpump, di mana-mana pun boleh!! ;)


Bertemu Pembaca Blog

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca blog MariaFirdaus yang sudi menegur kami ketika di sana. Ada antara mereka memberitahu yang mereka pergi ke seminar ini selepas membaca blog kami. 

Kalau anda berselisih dengan kami di mana-mana sahaja, jangan segan-segan untuk menegur kami ye. Kami amat menghargai anda semua yang sudi membaca coretan-coretan kami. Ada juga pembaca yang terserempak dengan kami, tapi malu nak tegur. Aduh... Malu la pulak. Jangan malu malu.... Tegur ajer.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya.. :-)

Pengisian

Terus terang saya katakan, teramat rugi buat anda yang berniaga tetapi tidak menghadiri kursus ini. Walau pun ia percuma. Tetapi, terlalu banyak ilmu yang Dr Azizan kongsikan bersama para peserta.

Antara topik yang diperkenalkan Dr Azizan adalah konsep P.O.W.E.R, M.E.S.T.I, peluang perniagaan yang terdapat di Malaysia, testimoni mereka yang sudah berjaya, cara mempromosikan perniagaan anda dan pelbagai tips tips lain lagi. Kami juga didedahkan dengan dana yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi agensi berkaitan untuk para usahawan baru dan lama.

Pendek kata, terlalu banyak ilmu yang diberikan kepada kami sepanjang seminar ini.

InsyaAllah, kami akan berkongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang kami dapat daripada kursus Dr Azizan Osman ini, terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan menghadirinya.

So Stay tuned! :)

Wassalam

2 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top