Assalamualaikum,

Saya terinspirasi untuk berkongsi kisah kejayaan seorang lagi peserta yang menghadiri kursus usahawan Dr Azizan Osman.

Saya suruh anda pergi... ada yang tak nak pergi.. Saya suruh pergi yang advance, ada yang kata tak ada duit..

Ha... Sekarang, korang baca testimoni peserta kursus ni. Dia pergi tahun lepas. Siapa suruh pergi.. Kan dah terpaksa berhenti kerja. Kan dah terpaksa jadi kaya..

Inilah Testimoninya...

Nama saya Muhamad Omar Suhaib (a.k.a abg dodol) saya ingin mengucapkan terima kasih pada Dr Azizan dan saya sentiasa doakan Dr Azizan di limpah ruahkan rahmat dari yang Maha Esa. Syukur pada Allah SWT kerana pada tahun 2010 saya tidak putus-putus berdoa supaya saya di temukan dengan seorang yang boleh membimbing saya dalam perniagaan dan kehidupan saya.

Saya dahulunya berkerja sebagai seorang sales and marketing Executive di sebuah syarikat pemaju perumahan. Saya juga banyak kali berniaga sambilan-sambilan untuk menambah pendapatan keluarga tetapi perniagaan saya tidak pernah berjaya. Saya banyak mengalami kerugian wang simpanan saya.

Saya pernah buka kedai perabot terpakai, 3 bulan sahaja perniagaan saya berjalan kemudian tutup, saya juga pernah berniaga kedai kereta kerpakai tetapi ia bertahan 3 bulan setengah je kerana berselisih faham dengan rakan-rakan kongsi.

Anak-anak saya menjadi kekuatan pada saya supaya tidak mengalah. Nama Doc dah bermain dalam minda saya ketika Doc buat seminar rahsia tarikh lahir, saya ingin hadir ke program tersebut tp.. selalu ada alasan maklumlah masa tu masih lg duduk dlm wilayah biawak.

Saya selalu dgr Doc bg talk dlm radio, tgk dalam paper, berita tv3 selalu juga buat liputan tentang Program Doc. Sehingga lah saya hadir ke SMP awal tahun 2012 dan saya buat keputusan untuk hadir ke kelas advance AMP. Itulah titik perubahan dalam hidup saya, masa saya hadir saya belum ada perniagaan, tujuan saya hadir untuk tajam kan skill marketing saya, tp ternyata tajamnya tidak terkata.

Saya mulakan perniagaan tanpa modal sebenarnya, saya cuma create brand awareness (dodol sayang) sahaja dalam Facebook, dan gunakan teknik flyer dan magazine ads dari situ letupan perniagaan saya berlaku. Dalam masa 3 bulan saya dapat beli mesin dodol dgn hasil jual dodol sahaja tanpa bantuan sebarang pinjaman.

Saya berani berhenti kerja dan hari ini saya dah ada 2 buah syarikat yang berlainan iaitu Dodol Sayang Ent. dan Finger Work resources saya banyak dapat jemputan dari Majlis Amanah Iktihar(AIM) di kawasan Kuala Pilah dan Serting untuk bagi talk bagaimana untuk bantu ahli-ahli buka kan minda mereka yang berniagaan hanya sekadar bayar balik pinjaman mereka buat.

Jadi saya gunalah juga teknik TTT pd persembahan teserbut. Walaupun ia nya free talk tp saya happy kerana dpt bantu mereka sebenarnya. Dan jika saya renungkan balik pada 8 bulan lps saya tidak ada apa pun hanya sekadar berkerja sahaja. Dan jika renung balik bertapa bersyukurnya saya kerana membuat tindakan untuk hadir ke kelas Doc dan saya dpt keluar dari wilayah biawak. Dan saya dpt kawan-kawan baru yang sentiasa positif dan juga ahli MMG saya di negeri sembilan.

Betapa penting bila Doc cerita ttg MMG, ini lah impak nya. Walaupun masing-masing berlainan perniagaan kami bergerak dalam kumpulan dan sgt aktif. Saya mengucapkan syukur pada Allah swt dan juga terima kasih pada Doc ini adalah hasilnya. terima kasih lg pd Dr Azizan Osman ilmu yang Doc kongsikan ini kami mengunakan dengan sebaik-baiknya. untuk kearah keredhaan-Nya.

Terima kasih Dr Azizan saya ucapkan dari saya.MUHAMAD OMAR SUHAIB BIN ABDUL GHANI.
DIRECTOR DODOL SAYANG ENT
DIRECTOR FINGER WORK RESOURCES

Bagi Yang Mahu Merubah Kehidupan

Daftarlah sekarang. Kursus yang berbayar tu. Cara nak daftar. Sila hubungi 019/013-244 2244 atu 019- 244 2400. Terima kasih

Katakan anda nak daftar pakej General. Harga RM997. Anda bayar ke akaun yang diberikan. Then, emel detail anda.

This is your last chance. Tarikh kursus 10-12 Mei ini. Insya Allah saya dan Maria akan ada di sana.
Siapa yang nak hidup luar biasa, kita jumpa di sana.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top