Assalamualaikum,
 
Balik ke KL minggu lepas, Maria tak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan sahabat Maria di Sheffield dulu yang sudah berjaya dalam perniagaan internet.
 
Tak lain tak bukan. Kak Farihan. Setelah berhempas pulang berjuang untuk memajukan perniagaan di internet, akhirnya sekarang ini Kak Farihan mampu mencapai pendapatan 5 angka sebulan.
 
Kawan kepada Kak Farihan, Asylla Collection, lagi power. Income bulanan usah dikenang. Memang hebat. Baru 3 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan online, sekarang dah berpendapatan 5 angka.
 
Agak agak la kan, kita yang kerja makan gaji bila nak dapat 5 angka sebulan. Kalau Maria, lagi 5 tahun kerja pun belum tentu dapat 5 angka sebulan. Sebab tu Maria nak fokus buat online business saja sekarang ni.
 
Untuk promosi kedai online mereka, anda boleh ke link di bawah ni. Anda boleh tengok sendiri apa yang mereka jual di sana.

 
Fan Page : Asylla Fan Page
 
Fan Page : Zafa Scarf
 
 

Kak Farihan bertudung pink, dan Asylla bertudung kelabu bersama suaminya. Allahuakbar. Terlalu banyak nasihat yang mereka berikan kepada Maria. Terlalu banyak pengalaman yang mereka ceritakan kepada Maria.
 
Walaupun berlainan jenis business, tapi Maria suka belajar daripada orang lain yang telah berjaya. Lebih mudah kan. Tak perlu nak langgar dinding banyak kali.
 
Frankly speaking, advise yang dia orang berikan amat berharga. Mereka menceritakan rahsia rahsia bagaimana cara mudah untuk berniaga di online.
 
Syukur Alhamdulillah. Allah temukan Maria dengan mereka.


Semuanya bergelar usahawan. Semoga semuanya berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat.
 
 
Antara Perkongsian Yang Mereka Berikan
 
1) Perniagaan online lebih mudah berbanding perniagaan offline. Buat online, tak perlu ada kedai. Tak perlu ada pekerja. Tak perlu stok yang banyak.
 
Mereka sengaja buka kedai sekarang sebab nak expand business ke tahap yang lebih tinggi.
 
Tapi, mereka katakan sewa kedai saja dah RM3,500 sebulan. Pekerja ada 3 orang. Belum masuk bil letrik dan kos kos lain lagi.
 
Mereka syorkan, buatlah perniagaan online sebagai permulaan. Apa jua business yang nak dimulakan.
 
2) Bila buat bisnes online. Mesti aktif facebook. WAJIB. WAJIB. WAJIB.
 
Jangan menjual. Tetapi, share kelebihan produk yang kita ada. Ceritakan apa yang orang boleh dapat dengan barang yang kita jual.
 
Terangkan added value yang ada pada barang tu. Kenapa perlu beli barang tu, bukan barang lain.
 
3) Rahsia make sure pelanggan masuk dan beli at least satu.
 
Fuh... Rahsia ni biarlah kekal rahsia yer... Dia bayar RM5,000 untuk nak dapat rahsia ni. Dan bila dipraktikkan. Memang menjadi. Tapi, ini untuk perniagaan offline la. Maksudnya, ada pelanggan datang masuk kedai. Dia wajib beli dengan teknik rahsia yang digunakan.
 
Komen mereka, kalau masuk. Pasti tak keluar tangan kosong. Heheh.. Ilmu yang simple. Tapi ramai orang tak buat.
 
Jangan marah yer...
 
4) Buat busines, kena rajin. Tak boleh bagi alasan. Tak boleh malas. Kena selalu update facebook, blog. Jangan bagi followers kita hilang. Mesti ada fan page.
 
Mereka juga menceritakan kepada Maria teknik nak increase like di fan page. Bukan mudah. Tapi tak susah kalau kita tahu caranya.
 
Dan.... Banyak lagi ilmu yang Maria tak sempat nak kongsikan di sini.
 
Semoga Maria dapat beramal dengan ilmu yang mereka sampaikan. Insya Allah. Ada kelapangan, Maria akan berkongsi dengan anda tips tips yang lain yer.
 
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top