Assalamualaikum,

Hari ini, saya menerima emel daripada seorang pembaca. Saya rasa saya nak kongsi dengan anda semua pandangan saya berkaitan soalan yang diberikan.

EMEL YANG DITERIMA

assalamualaikum

semoga saudara firdaus sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya.
saya sentiasa mengikuti blog mariafirdaus.blogspot.com
bahkan sentiasa ternanti2 entri terkini daripada kalian berdua.

saya sedang bekerja makan gaji sekarang, namun jauh di sudut hati saya,
saya ingin bekerja sendiri, memiliki perniagaan, dan seterusnya menyumbang
kepada ekonomi ummah.

saya telah mengikuti kursus usahawan dr azizan, tapi saya masih lagi buntu
perniagaan apa yang patut saya jalankan dan saya takut untuk memulakan 
langkah. apatah lagi keluarga tidak begitu menyokong dan lebih menggalakkan
saya untuk mendapatkan kerja sebagai pensyarah yang jauh lebih sesuai bagi seorang
perempuan. 

mohon pandangan dan nasihat daripada saudara.

terima kasih.

INI PANDANGAN SAYA

1) Terima kasih kerana mengikut blog Maria Firdaus. Ia menjadi satu penghargaan kepada kami berdua. Dan menjadi motivasi kepada kami untuk terus memberi.

2) Ramai dikalangan kita yang kerja makan gaji. Saya dulu pun makan gaji. Bahkan, kita dah ditanam dalam hati kita sejak kecil.

"Belajar betul betul, esok dah besar boleh kerja pangkat besar besar"

Tak ada orang yang tanam dalam diri kita masa kita kecil.

"Belajar betul betul, pada masa yang sama, belajar buat bisnes. Nanti dah besar boleh buat bisnes"

Tapi, bila dah kerja. Ramai yang stress. Dengan komitmen terhadap keluarga dan anak. Ramai yang mula terfikir nak buat bisnes.

Ramai yang nak buat bisnes, nak memiliki perniagaan sendiri dan yang penting. Nak guna duit itu untuk membangunkan ummah.

Dan saya amat bersetuju kalau sesiapa dikalangan kita yang nak buat bisnes. 

3) Anda sudah mengikuti kursus Dr Azizan. TERBAIKK.... Kursus yang mana satu. Ikhlas saya katakan, lepas saya ikuti kursus Dr Azizan, baru saya tahu banyak lagi yang saya tak tahu. 

Lepas saya belajar dari kursus Dr Azizan, perniagaan saya semakin berkembang maju. Sebab saya banyak belajar rahsia perniagaan di situ.

Sekali lagi saya tekankan, kepada yang belum register kursus Dr Azizan. Daftar la kursus percuma beliau di www.beraniberniaga2013.com

4) Anda takut nak mulakan perniagaan? Semua orang begitu. Saya pun dulu macam tu. Tapi, saya bersolat hajat memohon bantuan daripada Allah setiap hari. 

Alhamdulillah. Allah dorong saya untuk membuat perniagaan. Ternyata, ia pilihan yang tepat.

5) Keluarga anda tak sokong? Sama lah kita. Ayah saya dulu pun tak sokong saya ternak ayam. Tapi sekarang... dia lah penyokong saya yang utama.

Biasalah, orang tua kita orang Melayu asli. Mentaliti mereka, kerja, kerja, kerja. Jangan buat bisnes. Ramai orang buat bisnes tak survive.

6) Cadangan saya, jangan berhenti kerja. Tapi anda boleh mulakan dengan bisness kecil kecilan sebagai part time. Buat apa saja. Belajar dari mentor yang betul. Tiru apa yang dia buat. Berikan komitmen. 

Kerja kuat sikit waktu ini. Double your effort. Anda tak perlu maklumkan keluarga anda yang tidak menyokong anda waktu ini. Buat saja.

Anda akan perhatikan, bisnes anda akan semakin berkembang. Mula mula, anda akan dapat keuntungan puluhan ringgit sebulan. Then ratusan ringgit sebulan. Then ribuan ringgit sebulan.

It takes time and 200% commitment.

6) Nak buat bisnes apa? Buat online busines. Itu yang termudah. Kenapa? Anda tak perlu modal besar. Anda tak perlu kedai. Anda tak perlu bayar gaji pekerja. Anda tak perlu buat stok banyak. Dan yang best. Anda boleh buat dari rumah.

Disebabkan saya suka komitmen dan impian orang yang bertanya ini. Saya ingin memberi satu peluang kepada anda yang emel saya soalan ini.

Anda boleh berjumpa dengan saya. Saya akan terangkan kepada anda. Step by step. Macam mana nak mulakan perniagaan. Macam mana nak pilih bisnes apa yang nak buat. 

Dan cara untuk promosikan perniagaan anda.

Tawaran ini untuk anda seorang sahaja. Dan ia PERCUMA. Percayalah, anda tak akan rugi.

Saya akan kongsi pengalaman saya menjalankan perniagaan dan bagaimana saya guide Maria hingga maria berjaya mendapat ribuan ringgit melalui perniagaan online dengan modal yang amat kecil.

Amcam????

Kepada pembaca lain. Insya Allah, saya akan buat kursus yang lebih formal untuk anda dalam masa terdekat. Saya akan fahamkan anda bagaimana nak buat bisnes. 

Cuma sekarang, saya nak bantu insan yang emel saya ini dulu. Itu pun, kalau dia  nak jumpa saya la. Kalau tak, tak dapek den nak nolong.

Oklah... Semoga entri ANDA TANYA SAYA JAWAB ini akan memberi manfaat untuk kita semua.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top