Assalamualaikum,

Insya Allah. Minggu ini adalah minggu terakhir untuk Maria bekerja di Silterra, Kulim.

Hari Isnin depan, Maria akan 'register' kerja di tempat baru. Position "Working At Home Mum". W.A.H.M.

Walaupun dia menjadi bos sendiri. Tapi, dia masih lagi kena 'report'  laporan harian kepada saya selalu Pengarah Urusan. Hehehe...

Inilah impian Maria sejak saya 'brainwash' beliau 6 bulan yang dulu. Mahu buat business. Mahu duduk di rumah, dalam masa yang sama ada pendapatan setanding dengan bekerja sebagai engineer di kilang.

Setelah beberapa bulan memperoleh pendapatan ribuan ringgit melalui bisnes online ini, walaupun pada permulaannya hanyalah macam nak cuba cuba, Alhamdulillah. Sekarang Maria agak yakin untuk berhenti kerja.

Ini bukan satu pilihan. Tapi, saya tengok dia 'terpaksa' berhenti kerja. Sejak sebulan dua ini, dia mengatakan yang setiap hari di office tak boleh nak buat kerja. Ramai customer yang mesej, call, PM, whatsapp di phone dia. Tak tenang lagi nak kerja...

As a result, bulan lepas Maria tender resignation later.. Hari Jumaat ini insya Allah, hari terakhir dia akan bekerja di Silterra.

 
Pengarah Urusan sedang menyiapkan bilik untuk Maria register kerja hari Isnin ini. Meja dah beli. Kerusi dan empuk. Laptop pun dah ada.

 
Saya baru beli laptop untuk Maria semalam. Laptop Slimmm lagi.... Ha... Sekarang, hanya menunggu masa untuk Maria merasmikan bilik ni.
 
Insya Allah, next step. Nak beli rak buku pula untuk Maria isi fail kerja kerja dia nanti.
 
Saya harap Maria gembira dengan 'office' baru ini. Semoga, dia akan lebih bersemangat untuk bekerja keras selepas ini.
 
Kalau sebelum ini, bekerja keras untuk mengkayakan 'company' orang lain. Sekarang, dia bekerja keras untuk 'mengkayakan' diri sendiri. That's bisnes. The more you work, the more you get.
 
Saya percaya, kalau setiap hari Maria boleh luangkan 8 jam untuk bekerja di bilik ini untuk jalankan bisnes secara online. Saya yakin, dalam tempoh 2-3 bulan lagi. Pendapatannya akan melebihi apa yang dia dapat sekarang sebagai engineer.
 
Kepada rakan rakan pembaca blog ini, sama sama kita doakan agar Allah membuka pintu rezeki seluas luasnya untuk Maria. Jika rezeki di langit, diturunkan, jika di bumi, dikeluarkan, jika sukar, dipermudahkan. Jika jauh, didekatkan.
 
Amin.....
 
Wassalam

1 comments:

  1. Assalamualaikum,

    isteri tuan sangat bertuah :)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top