Assalamualaikum,

Semalam, masa duduk di 'office' dengan Maria, saya bersembanglah sket dengan dia pasal ceramah motivasi yang saya sampaikan di SMK Machang hari tu.

Saya bagi tahu Maria, saya rasa daripada 150 pelajar yang dengar ceramah saya hari tu. Mungkin ada 10-20 orang yang hidup mereka akan berubah.

Bagi saya itu jumlah yang amat besar.

Kalau saya dapat bantu untuk tambah nilai hidup orang lain 5 orang pun saya dah cukup bangga. Kalau ada 10-20 orang. Itu dah kira bonus.

Boleh jadi pencen kubur nanti di akhirat.

Maria bertanya kepada saya, "Macam mana abang rasa budak budak tu boleh terkesan di hati?"

"Abang rasa la. Masa abang bagi ceramah, ada pelajar yang menangis. Macam rasa nak insaf pun ada. Bukan sikit yang nak nangis, boleh tahan la ramainya. Lepas abang nampak depa nak nangis. Apa lagi, abang pun tekankan lagi. Bagi semua orang rasa sebak. Bagi sedih lagi. Then, bila ramai dah nangis. Baru abang cool downkan mereka balik."

"Betul ke..? Apa yang abang buat sampai depa menangis?" Maria bertanya lagi kepada saya.

"Abang tayanglah video. Video motivasi. Lepas tu, abang kupas la maksud video tu," saya membalas.

"Takkanlah dengan tengok video tu boleh menangis?" Maria seolah olah tidak percaya.

Tak puas hati dengan Maria yang macam tak percaya. Saya cari video yang saya tunjuk kepada para pelajar di SMK Machang tu.

"Ok... Sekarang sayang tengok video ni. Tapi, sebelum sayang tengok. Abang nak sayang tarik nafas panjang panjang dulu. Tenangkan fikiran. Fokus. Kemudian, baru tengok. Then, cuba jangan nangis."

Saya kemudian play kan video di bawah untuk Maria.

* Kepada anda yang nak tonton, cuba lakukan perkara yang sama. Tenangkan fikiran. Tarik nafas. Fokus. Then, baru tengok. Baru ada feel. Then try untuk tidak menangis ok.
.
 
Akhirnya, belum habis video ni. Saya dapat perhatikan air mata Maria berlinangan. Huhu....

Terus saya gelakkan dia. "Tu la... Tak percaya sangat. Sekarang, sendiri dah menangis."

Cuba bayangkan, saya tayangkan video di atas ni kepada para pelajar. Kemudian saya tekankan semangat yang ada pada pelari itu. Semangat yang langsung tidak pernah ada dalam diri kita.

Dalam kehidupan, bila 'terjatuh' kita terus patah semangat. Kita tak ada kekuatan untuk bangun kembali. Kita terlalu lemah untuk nak berjuang.

Akhirnya, kita gagal. Gagal dalam kehidupan.

Saya juga tekankan kasih sayang ibu bapa kepada seorang anak. Kalau kita jatuh macam mana sekali pun, ibu bapa kita akan sentiasa di sisi kita untuk menemankan kita.

Fuh... Video inni terkesan di hati saya.

Pelajar Di SMK Machang

Dalam banyak banyak video yang saya tayangkan di sana, saya perhatikan video ini yang betul betul terkesan di hati mereka. Video yang menyebabkan beberapa pelajar perempuan  mengalirkan air mata.

Pelajar lelaki, seperti biasa la. Control Macho. Hehe...

Apa pun, saya harap kita semua dapat ambil iktibar daripada video di atas.

Bukan niat di hati anda nak suruh anda nangis. Tapi, banyak sungguh pengajaran yang kita boleh ambil.

Dalam hidup, kita perlu fokus. Bila ada matlamat, teruskan berusaha sehingga berjaya.

Ingatlah.. Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, apa yang kita doa. Itu yang kita dapat.

Lagi satu, saya nak berikan anda kata kata keramat.

"Biar apa orang kata. Biar apa orang cakap. Nak.. Saya nak. Saya nak jugak"

Ok ye para pembaca yang dikasihi... Insya Allah. Kita berjumpa lagi di entri yang lain. Semoga Allah merahmati hidup kita semua.

Wassalam

* Jika anda rasa entri ini macam best..... Anda nak kawan kawan anda pun tonton video ini. Anda boleh tekan button LIKE di bawah. Semoga, lebih ramai yang mendapat manfaat daripada entri ini. Amin.

1 comments:

  1. Tiada kalah sebelum putus asa.

    Bagus pengajarannya

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top