Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas, saya sekeluarga semuanya datang ke Kuala Lumpur. Kalau ikutkan saya, rasa macam tak nak datang. Tapi, disebabkan semua adik dan abang saya akan ada di situ. Dan dah lama kami semua tak berjumpa sekali.

So, saya rasa saya patut menyertai mereka. It's time for Farees to meet all his cousins.

Abang saya buat majlis hari jadi untuk anaknya, Azri Izat yang sekarang ini berumur 9 tahun. 

Majlis yang sederhana tapi teramat meriah dengan pelbagai aktiviti untuk kanak kanak.

Farees really enjoy his time there.


Farees dengan topeng mukanya. 


Ada bumping castle. Apa lagi, Farees tak lepaskan peluang untuk main di sini. Yang bestnya, dia dah pandai berdikari. Main sendiri. Dan boleh join abang abang yang lain yang dia tak kenal.


Tengok Farees. Bukannya dia slide. But jumping instead.


Bekerja keras untuk naik ke atas. Cantik tak baju Farees. Same like his Abi. Manchester United Fan. Siap ada nama lagi.


This is the birthday boy. Memandangkan dia suka kapal terbang. So, kek pun mestilah kapal terbang. Kalau Tonny Fernandes tengok ni, mesti seronok. Iklan free.


Nampak macam ikan pun ada. Hehe.. Cantik kek ni. Tak sampai hati nak potong. Huhu..


Majlis bacaan doa selamat untuk birthday boy.


Juadah yang disediakan untuk tetamu.


Sebelum show. Ada sesi bersolat. Semua wajib bersolat. Next, ada Magician yang datang buat show. Semua budak terhibur dengan telatah beliau.


Saya betul betul tak sangka. Farees very sporting. Dia berani ke hadapan. Boleh respon dengan soalan soalan dari entertainer tu.


Lebih best, Farees berani join buat aksi silap mata. Orang tu nak bakar tisu yang dia pegang di tangan. Dia selamber berani. Tak takut. Lepas tu, tiba tiba keluar duit dari dalam tisu yang terbakar. Farees terkejut. Terus orang tu bagi dia duit tu.


Puluhan kanak kanak lain turut bergembira hari itu.


Pertandingan golek......


Farees and his cousin. Ammar.


Pertandingan fesyen... Tengoklah anak anak saudara ku. Dari kanan Sumayyah, Aiman Hafiz, Ammar, Farees, Unknown.. Adam, Unknown.


Sebelah petang, sambung balik main bumping castle ni. Kira berbaloi la. Sebab ramai yang dapat bergembira.


Terima kasih kepada abang dan kak ipar saya yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Semoga mereka sekeluarga terus berbahagia selamanya hingga ke syurga.

Amin.

Hari Ahad

"Abi, Farees nak naik train."

So... Let's fulfill his wish. Saya bawa dia naik LRT dengan anak saudara saya yang lain.

Dari Jelatek, naik sampai ke Bangsar... Punya lah jauh. Then, patah balik dan turun di KLCC.

Makan di KLCC. Before balik ke rumah dengan LRT.



Farees gembira duduk di hadapan.


Farees and his cousins. Cute ajer..

Di KLCC, anak saudara tanya. "Pak Tih ada bawa duit lebih tak. Saya lapar." Ohhh.. Siannya... Ok.. Let's go to KFC.


Then... Nak main...

Alhamdulillah... Everybody happy. 

That's all.. Till then.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top