Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah, yang telah membuka hati Maria untuk memulakan Online Business pada October 2012, iaitu kira-kira 6 bulan lalu.

Bagaimana Maria boleh mula berkecimpung dalam business? Anda nak tahu macam mana saya bermula.

Anda boleh baca kisah yang ditulis oleh Firdaus di SINI.

Ini pula kisah yang Firdaus ceritakan sekitar selepas 3 bulan Maria berkecimpung dalam perniagaan.  KLIK DI SINI

Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam masa 6 bulan ini. Alhamdulillah, segala perubahan ini telah membawa peluang dan kehidupan yang lebih baik untuk Maria dan keluarga.

Setelah beberapa tahun beristikharah dan memohon petunjuk daripada Allah, tentang karier yang terbaik untuk diri Maria dan keluarga, kini Maria telah mengambil keputusan untuk BERHENTI KERJA sebagai seorang ENGINEER!!

Become a Mumpreneur


InsyaAllah, Maria akan menjadi seorang full time businesswoman, MUMPRENEUR or Working-At-Home-Mom (WAHM).

Bagi Maria, inilah IMPIAN bagi kebanyakan wanita setelah bergelar isteri dan ibu. Ingin berbakti sepenuhnya kepada suami dan anak-anak. Dan pada masa yang sama, masih dapat menjana pendapatan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Memang ada yang kata, "Ruginya...Maria belajar tinggi-tinggi sampai England, ada sijil Master, kerja Engineer dah cukup bagus, ada masa depan. Kenapa nak berhenti kerja dan jadi surirumah??!!"

MAKAN GAJI VS. BUSINESS

Sebenarnya, walau setinggi mana pun gaji dan pangkat kita dalam organisasi, kita tetap hanya seorang yang MAKAN GAJI. Pangkat dan gaji kita tidak boleh diwarisi kepada anak-anak kita sendiri. Semakin tinggi pangkat dan gaji, semakin tinggi juga 'STRESS' yang melanda.

Tetapi, walau sekecil mana pun PERNIAGAAN kita, kita tetap berpeluang mewariskan ia kepada anak-anak kita. Malah mungkin kita juga mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

BUSINESS INCOME

Dengan gaji sebagai seorang Engineer, bolehlah dikatakan Maria sudah 'agak selesa' dan mempunyai masa depan yang baik. Maria tak perlu bergantung kepada suami untuk membeli kereta, bersedekah, beri duit pada parents, dan boleh membeli sendiri barang-barang yang berkenan di hati. Maria sudah berada di dalam "Comfort Zone" ( Sila Klik) .

Tetapi setelah Maria berkecimpung dalam dunia business, barulah Maria sedar dan terbuka minda, bahawa perniagaan mempunyai masa depan yang LEBIH BAIK, jika dibuat dengan cara yang betul dan sistematik. So, I got out of my current Comfort Zone, to get a BETTER Comfort Zone.

DO THE RIGHT BUSINESS, DO THE BUSINESS RIGHT.

Maria percaya, dengan kekuatan MESTI (Mentor, Elmu, System, Tindakan, Impian), dan apabila kita sentiasa KONSISTEN dan YAKIN dengan pertolongan Allah, tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini, dengan izin Allah.

Maria bersyukur kerana dipertemukan dengan Mentor yang terbaik dan supportive, dalam kedua-dua business Premium Beautiful dan Shaklee.

Segala ilmu dan system dah tersedia, kita cuma perlu ikut dan tiru apa yang diajar oleh Mentor yang telah terbukti berjaya.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menjalankan business, Maria berjaya menggenggam business income yang hampir sama daripada gaji Maria sebagai seorang Engineer. Syukur kepada Allah atas limpahan rezeki ini.

InsyaAllah, Maria bercita-cita ingin membina empayar perniagaan sendiri, dan berjaya menjana income yang lebih tinggi daripada gaji sewaktu bekerja sebagai Engineer. Semoga Allah permudahkan usaha ini.

Tiada perkara yang mustahil dalam hidup kita. Banyak peluang yang ada jika diri kita sendiri MAHU BELAJAR dan BERUSAHA.



BUSINESS OPPORTUNITY

Kini, Maria yakin sudah tiba masanya untuk lebih fokus dan berusaha lebih kuat lagi dalam menjalankan business ini. Maria ingin membantu lebih ramai business partners untuk SAMA-SAMA BERJAYA.

The more you give, the more you get. 

Maria rasa bertanggung jawab untuk membantu mereka yang betul-betul berminat memulakan business online, tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula.

Bagi yang berminat, boleh hubungi Maria. InsyaAllah Maria akan kongsikan tentang business online ini. Jangan risau, ianya percuma. Sharing is caring. Tiada sebarang paksaan untuk menyertai. Anda tidak akan rugi apa-apa pun. Pilihan masa depan di tangan anda :)

Kepada rakan pembaca blog ini, Maria mohon agar anda semua dapat mendoakan Maria berjaya dalam kehidupan. Di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Firman Allah dalam Al-Quran, Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum 
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"


Fast Action Fast Results. Slow Action, NO RESULTS!!

Kam Maria
019-259 2731 (Call, SMS, Whatsapp)
come_maria@yahoo.com

1 ulasan:

  1. Bagus..semangat inilah yg kita mahu sentiasa positif. - salam dr org Parit Buntar (Amy Sensei)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top