Assalamualaikum,

Saya ni sebenarnya penggemar seafood. Kalau terjumpa udang besar, sotong besar atau ketam besar, mesti nak kena beli.

Tak kiralah berapa harga pun. Mesti nak beli.

Dulu, masa mula mula buat bisnes, nak makan pun 'berkira'. Nak buat macam mana, kedudukan kewangan agak terhad pada waktu itu. Sekarang ni, Allah dah beri rezeki lebih sket. Boleh la 'qada' makan makanan yang saya tak boleh nak makan dulu.

Baru baru ni, saya beli sotong besar dan udang besar. Harga memang mahal. Tapi, disebabkan bukan senang nak jumpa sotong besar dan udang besar di kampung ni. Sekali jumpa, 'rembat' ajalah.


Sotong besar. Lepas di masak yang dah tak jadi berapa besar.


Udang goreng tepung. Nampak macam kecilkan. Tapi, sebenarnya pinggan tu pinggan besar. Dan udang goreng tu pun sebenarnya besar. Allah Allah, syukur Alhamdulillah.

Dapat makan udang goreng tepung yang isinya amat kenyal, lembut, sedap dan sungguh menyelerakan.

Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan.

Masalahnya sekarang ni, bukan senang nak jumpa udang besar dan sotong besar di kampung. Yang besar besar semua dah dihantar ke bandar bandar besar. Jarang jarang sekali baru terjumpa, bila dah terjumpa mesti nak kena beli banyak sket buat stok.

Tak apa berbelanja lebih sekali sekala. Bukan untuk orang lain, untuk ahli keluarga sendiri pun.

Wassalam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top