Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya berkesempatan untuk menziarahi reban ayam salah seorang pembaca blog ini.

Reban ayam ini berkapasiti 32,000 ekor ayam.

Beliau banyak membaca blog saya mengenai ternakan ayam sebelum ini. Kemudian, beliau menghubungi saya dan meminta tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan ini.

Alhamdulillah, sekarang reban ayam beliau hampir siap sepenuhnya. Saya sangat gembira kerana mampu melahirkan seorang lagi usahawan ayam daging.

Semasa menziarahi reban ini, beliau berkata kepada saya.

"Abang, nanti masukkan gambar reban ayam saya dalam blog abang ya."

Hahaha... So, sebagai memenuhi permintaannya.. Saya kongsikan dengan anda semua gambar reban ayam beliau yang sudah hampir siap dibina.


Pandangan hadapan.

 Pandangan sisi.
 Dalam reban.


Sistem makanan dan minuman yang sedang dipasang.


Para pekerja yang sedang memasang makanan automatik


Gambar kuda kuda dan zink. 
Kepada orang muda yang baru menceburi bidang ternakan ayam ini, saya doakan anda berjaya dalam ternakan ayam ini.
Sekarang, beliau sedang bercita cita untuk membina reban ayam yang kedua pula.
Huhu.... Semoga terus berjaya....
Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada para pembaca blog ini yang berhasrat untuk menceburi bidang ternakan ayam daging ini.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top