Assalamualaikum,

Baby Fateh sekarang dah berusia 6 bulan dan masih lagi fully breastfed. Setakat ini tiada setitik pun susu formula yang masuk ke dalam tubuh Baby Fateh.

Dengan teknik penyusuan yang betul, dan dibantu dengan nutrisi daripada Shaklee, Maria dapat menyediakan keperluan susu yang cukup untuk Fateh. Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki untuk Baby Fateh yang Allah berikan.

Memandangkan Fateh dah berumur 6 bulan, jadi Fateh boleh mula makan makanan pejal atau solid food.

Entry kali ni Maria cuma nak berkongsi cara-cara membuat Puri Apple, yang sangat sesuai sebagai makanan pertama baby berumur 6 bulan dan ke atas.



Langkah pertama, semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang kami beli dari pasar akan dibersihkan dahulu dengan Biozone Food Purifier.

Kenapa kami gunakan Biozone ni? Kerana zaman sekarang ni, kebanyakan buah dan sayuran yang ditanam secara komersial dah disembur dengan racun serangga atau pesticides.

Menurut kajian Environmental Working Group (EWG), apple adalah salah satu daripada Dirty Dozen foods yang paling teruk dicemari oleh racun serangga. Rujuk senarai penuh di sini.



Sebab itu lah kita tengok kebanyakan buah dan sayuran di pasar 'terlalu segar', sampai serangga pun 'tak lalu' nak makan.

Tak sanggup rasanya nak biarkan anak-anak seawal 6 bulan didedahkan dengan toksin dan racun serangga dalam makanan harian mereka.

Bayangkan apa akan terjadi pada anak-anak kita 30-40 tahun akan datang? Hari-hari makanan mereka dicemari walaupun yang kita masak sendiri di rumah. Itu belum termasuk makanan segera yang dibeli di luar.

Alternatif lain, anda boleh membeli buah dan sayuran ORGANIK. Tapi harganya sangat mahal. Dan bukan mudah nak dapatkannya di semua tempat.

Anda juga boleh cuba tanam apple sendiri di rumah. Err..boleh ke?? Heheh.. ;-)

Dengan Biozone Food Purifier, ia adalah penyelesaian yang paling mudah dan cost-effective. Kami sekeluarga hanya menggunakan Biozone ini untuk membersihkan semua bahan makanan mentah di rumah kami sebelum dimasak, termasuk ayam dan daging, daripada toksin dan racun serangga.

InsyaAllah, ini hanyalah sebagai salah satu usaha kami untuk menyediakan makanan yang sihat dan selamat untuk anak-anak dan keluarga.



Baiklah, setelah apple tadi dibersihkan dengan Biozone Food Purifier, bilas dengan air biasa. Buang kulitnya dan potong secara dadu.

Untuk bayi berumur bawah 8 bulan dan sebagai makanan pertama, adalah digalakkan memasak apple terlebih dahulu untuk memastikan ianya lebih mudah dihadam oleh perut bayi.

Kemudian masukkan ke dalam pengukus atau steamer, dan kukus selama 12-15 minit maksimum.

Selepas dikukus, biarkan sejuk seketika, dan kisar apple tadi menggunakan blender.

Pastikan anda asingkan blender untuk makanan bayi dan juga makanan orang dewasa. Jangan gunakan blender yang sama untuk bawang dan cili pula ye...



Tadaaa.. Inilah rupa puri yang telah siap dikisar. Boleh tambahkan susu ibu dan sedia untuk di beri kepada baby.

Oh ye, untuk baby bawah 8 bulan, anda boleh juga tapis puri terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.



Lebihan puri boleh dibekukan di dalam ice cube tray untuk kegunaan masa akan datang.

Puri yang telah beku boleh disimpan dalam bag ziplock dan tahan selama 3-6 bulan.
Tetapi seelok-eloknya digunakan dalam masa 8 minggu.



Baby Fateh masa mula-mula makan puri apple ni dia buat muka pelik aje.
Tapi selepas 2-3 hari dia dah suka makan. Alhamdulillah.

Selamat Mencuba! :)

Reference: WholesomebabyfoodFoods4Tots,

Thanks for reading this entry! :)

* Buat mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih detail mengenai Bio Zone Food Purifier. Anda boleh menghubungi Maria for detail. Insya Allah. Maria akan memberi harga istimewa untuk anda.

Maria
019-2592731

2 ulasan:

  1. will try to my son then..
    jemput ke blog saya
    http://mommyjeeha.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Thank you for s very useful tips ♥

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top