Assalamualaikum,

Malam tadi, saya tiba di rumah pukul 12.00 malam selepas pulang dari Besut Terengganu petang semalam untuk kerja pembinaan reban ayam di sana.

Sebelum tidur, Maria ada memberitahu saya. Dia terjumpa satu video yang betul betul bagus untuk dikongsi dengan orang lain.

Dia minta saya update blog ini dengan memasukkan video ini untuk tontonan para pembaca blog ini.

Pagi ini, saya menonton. Ikhlas saya katakan, air mata saya mengalir.

Sebenarnya, apa yang hendak disampaikan oleh pengarah video ini sama mesejnya seperti yang saya ingin kongsikan dengan orang lain.

Orang Melayu harus maju. Orang Melayu harus berjaya.

Saya rasa, apa yang cuba disampaikan oleh pengarah adalah beliau mahu masyarakat Melayu mengubah mentaliti dan cara pemikiran.

Berani mencuba, berusaha untuk berjaya tanpa terlalu bergantung dengan orang lain. Kita orang Melayu suka 'dengki' dengan kejayaan orang lain.

Terlalu banyak yang beliau sampaikan dalam video ini terkena batang hidung masyarakat kita.

Kita terlalu banyak 'bercakap' tapi kurang bertindak.

Beliau juga menceritakan rahsia rahsia kejayaan yang perlu ada untuk seseorang itu untuk berjaya.

Perkongsian video yang sangat menarik untuk membuka minda kita semua.

ANDA WAJIB TONTON!!

Firman Allah dalam Al-Quran, Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"

Ayuh bangsaku... Ayuh ummat Islam. Kita sama sama mengubah cara hidup kita. Kita perlu bekerja keras untuk lebih berjaya. Keluar dari 'comfort zone' dan teruskan berusaha.

Nak berjaya bukan mudah. Nak susah bukan susah. Terpulang kepada kita semua. Kalau kita tak nak bertindak hari ini, jangan menyesal di kemudian hari.



Video ini berdurasi 10 minit. Ia mungkin mengambil masa anda sedikit. Tapi, percayalah. Minda anda akan berubah selepas menonton video ini.


Buat para pembaca, jika anda suka dengan entri ini. Anda boleh LIKE button di bawah. Mungkin ia akan memberi inspirasi kepada kawan kawan kita yang lain.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top