Assalamualaikum,


Baru baru ini pekerja saya menghubungi saya.

"Bos, 'heater' rosak. Mesin boleh 'on'. Tapi gas tak masuk."

Perkara yang sama pernah berlaku 5 tahun lepas. Waktu itu, saya masih baru dalam dunia ayam ini. Saya masih tidak tahu bagaimana cara untuk 'repair' barangan ayam.

Waktu itu, saya terpaksa memanggil 'technician' dari Cumberland untuk datang 'repair' mesin saya ini.

'One good thing about me', saya suka belajar benda baru. Walaupun ilmu itu mungkin nampak tak 'signifikan'. Saya belajar juga.

Bagi saya, tak rugi pun belajar sesuatu benda baru. Mungkin ia tidak berguna hari ini. Tapi satu hari nanti, mana tahu saya akan perlukan ilmu ini.

Semasa technician datang 5 tahun lepas, saya belajar cara memperbaiki mesin yang rosak ini.

Dan ilmu itu saya tak pernah guna pun. Hinggalah baru baru ini mesin ini rosak balik. Dan rosak di tempat yang sama.

Alhamdulillah. Dengan sedikit ilmu dan pengalaman, saya 'repair' sendiri mesin ini kali ini. Tak perlu panggil 'technician'.


Saya rasa benda ini yang rosak dan perlu ditukar. Memandangkan saya dah ada 'spare part'. Saya memberanikan diri untuk tukar sendiri.


Selepas ditukar. Alhamdulillah. Gas boleh masuk dan api bernyala kembali. Syukur.

Test run 5 minit. Alhamdulillah. Mesin berfungsi seperti sedia kala.

Saya bersyukur kerana ilmu yang saya pelajari dari seorang technician 5 tahun lepas berguna hari ini. Pengajaran penting untuk kita semua, tak rugi untuk kita belajar walaupun ilmu itu kita tak pasti kita akan guna atau pun tidak.

Kalau kita tak guna, we got nothing to loose. Tapi, kalau berguna suatu hari nanti. It's an advantage for us.

Untuk kita semua. Jangan rasa malas untuk belajar. Teruskan belajar, belajar dan terus belajar....

"Ya Allah, kurniakan kepadaku ilmu yang bermanfaat".

1 comments:

  1. Assalam Firdaus benda ni kalau rosak getah oren belah bawah boleh tukar getah aja atau kena tukar seketul alat ni. dibgh bawah tu ada getah sekeping bulat berfungsi macam vacum switch. biasa kena gigit semut lubang.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top