Assalamualaikum,

Minggu lepas, saya ke Besut Terengganu. Di sana, saya berkesempatan untuk ke Lata Tembakah. Jarak Lata Tembakah dari tempat projek saya di Besut sekitar 10km sahaja.

Orang beritahu saya Lata Tembakah tempat perkelahan air terjun yang cantik. So, saya pun tak mahu melepaskan peluang untuk ke sana.

Just to share with you all some photos di Lata Tembakah.


Air terjun di sini memang best. Tengok, airnya teramat jernih. Sungainya begitu panjang. Ada berpuluh puluh tempat untuk anda bermandi manda bersama keluarga anda. Ada tempat yang cetek. Ada tempat yang dalam. Pilih lah tempat yang bersesuaian dengan anda. 


Saya bergambar dari dalam tempat mandi. Paras air sekitar leher. Insya Allah. Tak lemas. Ada tempat lain yang lebih dalam dan air terjun lebih tinggi. Tapi, saya tak berani nak mandi di situ sebab air dalam.


Berenang renang. 


Bersama Taikun Machang. Okaz Abdullah Husin.

Bagi anda yang bercuti di Terengganu. Anda bolehlah melawat tempat ini. Lata Tembakah. Di Besut. Di sini juga ada tempat chalet chalet yang sesuai untuk disewa. Saya rasa ada sekitar 20 chalet kesemuanya. Ada yang bersaiz besar. Ada yang bersaiz kecil.

Pendek kata, saya amat berpuas hati pergi mandi di sini. Amat rekemen kawan kawan yang nak bercuti dan menghilangkan stress kesibukan kota.

Tempatnya amat tenang. 

Saya bercadang untuk bawa keluarga saya bercuti di sini satu hari nanti.

Till then. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top