Assalamualaikum,

Sebelum ini, saya dah tulis 2 entri berkaitan kursus Dr Azizan yang diadakan secara percuma di seluruh negara.

Entri Pertama
Entri Kedua

Dalam kursus yang dianjurkan, Dr Azizan Osman akan mengajar anda bagaimana mahu menjadi kaya. Bayangkan. Ianya PERCUMA. Kursus satu hari dari pagi hingga petang.

Mana anda nak cari orang nak ajar anda percuma.

Kisah Sahabat

Bila saya asyik cerita bab mencari kekayaan kepada sahabat saya. Beliau argue dengan saya. Saya mencadangkan kepada beliau untuk terus berusaha dan bekerja untuk menjadi lebih kaya. Hidup lebih luar biasa. Saya mahu beliau memajukan diri beliau.

Keluar dari zon selesa. Buat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Pada masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk membangunkan ummah.

Tetapi, beliau kata beliau tidak mahu menjadi kaya. Beliau rasa selesa dengan apa yang beliau peroleh hari ini.

"Nak buat apa jadi kaya. Rasulullah pun dulu tak kaya," beliau menjelaskan kepada saya.

"Kita kena jadi kaya. Bila kita kaya, kita boleh keluarkan zakat banyak. Kita dapat bantu orang lain. Kita boleh bantu Islam. Sebab itu kita perlu jadi kaya. Ikut niatlah. Sahabat Rasulullah dulu pun kaya. Saidina Abu Bakar kaya. Saidina Umar kaya. Abdul Rahman bin Auf kaya. Jadi, kita kena ikutlah sahabat Rasulullah yang kaya." saya cuba berhujah dengan beliau.

Kemudian, beliau menambah. "Antara Rasulullah dengan para sahabat, yang mana kita nak ikut contoh? Mesti ikut Rasulullahkan."

Saya membalas. "Tapi, sahabat Rasulullah kan ramai yang kaya. Kalau kaya tu salah, kenapa Rasulullah tak halang para sahabat daripada menjadi kaya."

Beliau membalas. "Aku tak kata jadi kaya salah. Cuma aku tanya, mana yang lebih baik kita nak ikut contoh. Rasulullah atau para sahabat?"

Saya tak dapat berhujah lagi dengan  beliau.

Terdengar Kuliah

Baru baru ini, saya mendengar ceramah daripada Ustaz Zaharudin berkenaan Transformasi Kekayaan & Kejayaan. Dalam ceramah beliau, beliau menceritakan bahawa Rasulullah sebenarnya kaya.

Setiap kali perang dan menang, Rasulullah mendapat habuan daripada harta ghanimah. Dan sepatutnya Rasulullah juga kaya. Isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah juga seorang saudagar yang kaya.

Tetapi.......

Rasulullah memilih untuk tidak menjadi kaya. Rasulullah menginfakkan sebahagian besar daripada hartanya untuk Islam. Dan ini hanya boleh berlaku jika Rasulullah kaya.

Ustaz Zaharudin juga menceritakan bahawa "Kesyukuran Orang Yang Kaya Adalah Lebih Baik Daripada Kesabaran Orang Yang Miskin"

Mengapa? Ini kerana orang kaya yang bersyukur akan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Orang kaya yang bersyukur boleh menyumbang kepada Islam. Boleh membantu saudara mara yang miskin. Boleh berbuat banyak amal kebajikan yang lain.

Tetapi.... Orang miskin yang bersabar atas kemiskinannya hanya dapat manfaat seorang diri. Iaitu bersabar. Orang lain tidak dapat manfaat daripada kesabarannya itu.

Ustaz Zaharudin juga menceritakan kepentingan ummat Islam untuk menjadi kaya.

Bertemu Sahabat Kembali

Selepas dapat point point baru daripada Ustaz Zaharudin, saya bertemu kembali dengan sahabat saya. Saya menceritakan apa yang saya belajar daripada Ustaz Zaharudin.

Kali ini. Beliau terdiam. Beliau mula bersetuju dengan saya.

Kemudian, saya cadangkan beliau untuk pergi menghadiri Kursus Berani Berniaga 2013 anjuran Dr Azizan Osman.

Beliau pergi ke kursus berkenaan yang dianjurkan berhampiran dengan rumah beliau.

Selepas beliau pulang, beliau mesej ke handphone saya. "Aku baru pi kursus Dr Azizan Osman. Memang power. Rasa nak kaya dan berjaya"

Alhamdulillah. Saya dapat membuka minda seorang lagi sahabat saya untuk terus berusaha, bekerja dan berniaga untuk menjadi kaya dan berjaya.

Sekarang, saya tengok status beliau di FB. Alhamdulillah. Beliau mula menulis kata kata positif untuk mengajak orang lain turut menjadi kaya dan berjaya.

Jika anda mahu berjaya, anda perlu disekelilingi oleh mereka yang berjaya. Anda perlu dikelilingi oleh sahabat yang berfikiran positif.

Jika tidak, sukar untuk anda merubah cara pemikiran anda dan sukar untuk anda berjaya.

Buat Anda Yang Mahu Berubah

Ikhlas saya katakan, jika anda mahu mengubah kehidupan anda. Pergilah ke kursus percuma anjuran Dr Azizan Osman. Anda tak rugi apa apa pun.

Bayangkan, dah tiga kali saya tulis entri pasal ni. Kalau tak penting, saya tak suruh anda pergi. Saya dah pergi, saya dah rasai sendiri perubahan diri saya. Dan sekarang saya mahu anda pergi sebab saya juga mahu anda berjaya.

Selepas kursus ini, anda akan ditawarkan ke kursus advance. Jika anda ada lebihan wang, saya syorkan anda pergi ke kursus Advance Marketing Power 2013 nanti di KL. Korbankan RM997 untuk program ini.

Dan anda akan lihat perubahan besar dalam diri anda nanti. Percayalah......

Semoga, entri ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada anda untuk sama sama kita merubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top