Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas, saya telah dijemput oleh MRSM Merbok untuk menjadi salah seorang daripada ahli panel forum bertajuk "Remaja Dan Cinta".

Moderator adalah Ustaz Rafizi dari MRSM Merbok. Ahli panel yang lain adalah Ustaz Azmi dari MRSM Kubang Pasu dan seorang ustazah.

Saya aja yang bukan ustaz atas pentas tu.

Mengikut perancangan di MRSM Merbok, para pelajar yang mahukan forum ini. Mereka yang memilih tajuk ini.

Memandangkan Cikgu Siti Zabedah tahu saya pernah tersilap 'bercouple' di MRSM dulu, Cikgu Siti beria ria mahu saya menjadi salah seorang ahli panel.

Beliau mahu saya kongsikan pengalaman saya yang 'tersalah bercouple' di MRSM dulu. Beliau mahu kisah saya ini dijadikan iktibar kepada semua pelajar MRSM Merbok.

Beliau juga mahu saya menceritakan bagaimana saya mencari calon isteri di universiti dahulu.

Makanya, ada dua soalan yang ditujukan kepada saya hari itu.

1) Boleh tak En Firdaus ceritakan pengalaman 'couple' para pelajar MRSM Taiping dulu dan kesannya kepada mereka.

2) Bila masa yang sesuai untuk 'cinta mula berputik'? Tolong berikan tips untuk mendapat pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat.



Saya sedang berkongsi pengalaman di atas pentas.


Para pelajar yang khusyuk mendengar forum pada malam itu. 

Pandangan dari belakang
Semasa majlis forum malam itu, dua ahli panel lain agak 'keras' menentang couple ketika diperingkat sekolah.
Saya pula sedikit berlembut. Saya rasa para pelajar hari ini bukan seorang yang boleh dihalang itu dan ini. Bagi saya, saya tak boleh halang mereka ber'couple'. Itu pilihan mereka.
Sebaliknya, saya lebih banyak memberi panduan bila dan macam mana mengikut syariat Islam.
Habis sessi forum, Ustaz Azmi dari MRSM Kubang Pasu berjumpa saya.
"Firdaus, boleh tak bulan 6 nanti anta datang ke MRSM Kubang Pasu. Kita ada buat program Nadwah Islamiah. Ana nak anta kongsi pengalaman anta dengan para pelajar di MRSM Kubang Pasu nanti. Anta cakap tadi 'real story'. Budak budak sekarang lebih mudah dengan pengalaman orang berbanding teori teori cinta ni."
Saya menjawab, 'Insya Allah. Kalau ada kelapangan saya akan hadir nanti.'
Niat saya hanyalah satu. Saya lakukan ini semata mata kerana Allah. Saya mahu para pelajar hari ini menyedari bahawa 'couple' hanya membuang masa dan lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
Semoga amalan saya ini diterima Allah dan dikira sebagai amal ibadah yang diterima Nya.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top