Assalamualaikum,

Minggu lepas, saya menerima jemputan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menyampaikan ceramah Bio Keusahawanan Ternakan Ayam Daging.

Ini first time saya bagi talk mengenai Ternakan Ayam Daging secara spesifik dan detail. Lepas tu, saya bagi sedikit motivasi mengenai keusahawanan.

Yang bestnya, pihak Universiti tak maklumkan saya bahawa ceramah dalam Bahasa Inggeris. Saya assume ceramah ni dalam Bahasa Melayu.

Sehinggalah saya berada di hadapan untuk mula berceramah. Bila saya mulakan ceramah dalam Bahasa Melayu. Tiba tiba salah seorang pensyarah meminta saya menyampaikannya dalam Bahasa Inggeris sebab salah seorang Timbalan Dekan ada dalam dewan itu dan beliau berasal dari Bangladesh.

Beliau mahu dengar ceramah daripada saya.

Fuh........ On the spot. Saya terpaksa mula berceramah dalam Bahasa Inggeris.Frankly speaking, dah 8 tahun saya tak guna Bahasa Inggeris. 

Ya lah, bila dah bela ayam. Nak cakap BI dengan sapa?

Syukur Alhamdulillah. Rasanya,  'on the spot' notice lebih baik. Kalau diberitahu lebih awal, cuak juga rasanya untuk ke hadapan. 

Tapi, bila kena bagi talk on the spot dalam BI macam ni. Langsung tak sempat nak rasa cuak. Hehe...

Balun aja la. Alhamdulillah. Akhirnya, saya berjaya berceramah dalam tempoh 2 jam non stop dalam BI.

Syukur Allah fasihkan lidah saya untuk bertutur dalam BI. Tak ada masalah. 

Sekarang, level of confidence saya semakin tinggi. 


Mula memberi ceramah. Tengoklah gaya. Macam serius aja kan. Heheh...


Sedang menerangkan mengenai reban terbuka dan tertutup


Menayangkan gambar anak ayam sedam minum menggunakan nipple.


Mendengar komen daripada Timbalan Dekan dari Bangladesh. Beliau amat berpuas hati dengan penyampaian yang saya berikan. Syukur Alhamdulillah. Next, dia minta agar student dia dapat lawat reban ayam saya. Oppsss... Ini nanti dulu..


Antara pelajar yang hadir. In total sekitar 100 orang.


Gambar sekitar UMK.

Kepada pihak pengurusan yang menjemput saya ke UMK, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga apa yang saya sampaikan itu dapat memberi manfaat kepada para pelajar di sana.

Semoga, ia menjadi pencen kubur saya di akhirat kelak. Semoga usaha yang kecil ini akan kelihatan besar di akhirat kelak.

Wassalam

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top