Assalamualaikum,

Saya bukan seorang kontraktor. Tapi, Allah bagi rezeki daripada pintu yang tidak disangka sangka.

Frankly speaking, saya tak pernah cari 'kerja'.

Tapi, orang yang cari saya minta tolong buat bangunan mereka. Saya pun hairan, manalah mereka ni tahu 'aku' boleh buat.

Baru baru ini, ada jiran saya jumpa. Minta tolong saya buat tempat parking kereta di kedainya.

"Firdaus, saya minta tolong sangat sangat. Tolonglah buat tempat parking kereta di depan kedai saya ni. Saya dah tanya orang lain. Tapi, depa minta mahal sangat. Ada yang minta RM15,000. Ada yang minta RM20,000. Kalau Firdaus buat, boleh murah sket."

 Saya pun membuat pengiraan barang untuk membina tempat parking itu. Kemudian, saya berjumpa dengannya.

"Bang, saya dah kira. Kos barang untuk buat tempat parking ni dalam RM7,000. Tak masuk upah."

Beliau membalas.

"Allahuakbar. Murahnya. Firdaus tolong lah buat."

Disebabkan beliau meminta terlalu banyak kali. Saya pun menolong beliau. Dan inilah hasilnya.


Tapak asas tempat parking kereta. Kerja bermula.

 Tiang tiang mula dinaikkan walaupun dalam keadaan hujan.


Semua tiang telah dinaikkan.


Kuda kuda dinaikkan.


Bumbung mula dipasang di atas kuda kuda.


Selepas 1 minggu, Alhamdulillah. Siap 100%.

Beliau amat berpuas hati dengan hasil kerja saya. Beliau ucapkan jutaan terima kasih sebab tolong beliau buat tempat parking kereta ni pada harga terendah.

Kalau anda nak tahu, saya tak pernah buat pun tempat parking ni. In fact, tempat parking rumah saya pun orang lain buat.

Tapi, itu dulu. Masa saya tak pandai lagi. Sekarang, saya dah belajar buat 'construction'.

Cumanya, saya tak minat nak serius dalam bidang ni.

Target saya, saya nak fokus untuk stabilkan ternakan ayam saya. Ayam dah terlalu banyak. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk memperoleh untung yang maksimum.

Dalam dalam tak serius pun, projek pembinaan reban ayam di Besut sedang berjalan.

Next, kerja di Gurun, Rembau dan Kuala Kangsar.

Allah Allah.... Ini saya tak serius. Kalau saya serius... Hmmm... Tak tahu lah.

Kalau betul betul nak serius, lepas ni saya nak kena hire seorang 'Site Supervisor' untuk monitor projek projek saya di tapak projek. Benda ni hanya boleh difikirkan kalau saya betul betul nak serius dalam bidang ni.

Semoga Allah mudahkan.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top