Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang ni Muhammad Fateh dah berumur 5 bulan. Mari kita tengok perkembangan Fateh sejak lahir sampai sekarang ni ye..


Wah wah..Berkat minum susu ibu yang ditambah dengan khasiat vitamin SHAKLEE (eh2 sempat promote lagi ni..hehehe), Fateh sedang membesar dengan sihat dan semangat. Dah 9 kg berat sekarang ni. Syukur Alhamdulillah. Kalau kiss pipi Fateh confirm tenggelam tau...

Ada orang tanya Maria, Fateh jadi semangat camni, minum susu banyak sangat ke? Hmm..takdelah minum banyak sangat pun, normal je.  Rasanya dia ikut genetik Ummi lah, instead of Abi. Heheh. Kalau tak caye ce tengok gambar ni..

Haaa..sama tak? Like mother like son kan. Rasanya kami ni jenis genetic bambam masa baby kot. Tapi dah besar akan slim, InsyaAllah. :-)

Maria dulu masa baby pun fully breastfed jugak, sampai 3 tahun lagi, maklumlah anak bongsu. Jenuh Mak nak wean Maria, sampai kena buat syarat kalau nak Barbie Doll, tak boleh 'nenen' dah. Akhirnya berjaya stop 'nenen', Barbie doll punya penangan. Kena tipu bulat2 dengan Mak, Hahha.. I wish I had that Barbie doll photo. Lepas ni Maria boleh buat trick yang sama kat anak pulak lah. :)


Setelah berusaha dengan gigih, akhirnya Fateh berjaya meniarapkan diri! Tengok tu muka tengah sengih, happy nya! Sekarang dah boleh golek laju2. Active sungguh! So kena precaution bila letak atas katil. 

Fateh dah boleh duduk sikit2, tapi belum stable lagi. Kalau dipegang, sangat suka berdiri dan melompat2. Dah ler berat 9kg, lama-lama pegang memang lenguh tangan okay! Untuk orang yang nak build muscle kat lengan, boleh pegang Fateh, takyah guna dumbbell dah. Heheh.


Fateh dah pandai watch TV and Ipad jugak. Mata terbeliak tak berkelip kalau tengok Abang Long Farees main Ipad. 


Fateh sangat pemurah dengan senyuman yang super cute. Boleh buat orang terpikat camni tau. Cewah.. Compared dengan abangnya Farees, memang senang nak sangat nak ambil gambar Fateh tengah senyum. Pantang ditegur, confirm senyum. Bangun tidur pun cuma nangis ngada-ngada sikit aje, lepas ditegur terus senyum. Kadang-kadang tu boleh pulak dia senyum sorang2 sambil tengok kita, walaupun kita tak tengok dia. Gelak pun punya lah kuat..high pitch lagi. Hihih..

Gaya tidur freestyle..Gerammm..
Oh ye..kenapa Fateh kena pakai bib? Air liur asyik meleleh jek sampai basah baju..ermm..ada benda yang Ummi mengidam tak dapat masa preggie dulu kot.. ahaks! ;-)

Oklah setakat ini dulu update pasal Fateh.

Ummi doakan semoga anakanda Muhammad Fateh dan Muhammad Farees akan membesar dengan sempurna, menjadi anak yang soleh, cerdik, sihat, handsome dan berakhlak mulia.

Ummi & Abi love you so much!!

Thanks for reading! :)

1 ulasan:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top