Assalamualaikum,
 
Setelah seminggu projek ini dilancarkan, syukur Alhamdulillah. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
 
Ramai dikalangan pembaca blog ini yang turut menyumbang bagi menjayakan projek ini.
 
Setakat hari ini, jumlah dana yang terkumpul melalui akaun Maybank saya adalah RM3,725. Kutipan tunai yang diberikan oleh rakan rakan terdekat adalah sebanyak RM350. Menjadikan jumlah terkumpul RM4,075.
 
Berikut adalah print screen kutipan yang telah diterima :

 
 
 30 Jan - 4 Februari = RM1550
 
 
 29 Jan = RM1175
 
 
28 Jan = RM1000
 
 
Kutipan tunai sebanyak RM350. Menjadikan jumlah keseluruhan setakat hari ini adalah RM4,075.
 
Beras Yang Sudah Di Beli
 
1) 30 Januari 2013 = RM25.00 x 50 = RM1,250
2) 2 Februari 2013 = RM25.30 x 50 = RM1,265
3) 3 Februari 2013 = RM24.50 x 50 = EM1,225
 
Jumlah yang sudah digunakan = RM3,740.
 
Beras Sudah Diedarkan
 
Untuk makluman, terlalu banyak bilangan beg beras yang saya perlu edarkan. Saya rasa, sekiranya saya memberi sebanyak 163 beg beras ini kepada kawasan setempat saya, akan ada orang yang kurang susah akan dapat beras ini.
 
Disebabkan itu, saya memberikan sebahagian beras ini kepada wakil wakil masjid di kawasan sekitar Parit Buntar untuk mengagihkan beras beras ini ditempat mereka.
 
Tahukah anda, respond yang mereka berikan amat positif. Mereka amat mengalu alukan sumbangan beras sebegini kerana dikawasan mereka memang ramai orang susah.
 
Sehinggakan, selepas beberapa hari, mereka datang berjumpa saya lagi bertanya kalau kalau masih ada lagi beras yang mahu disumbangkan. Allah Allah. Mereka memaklumkan, tempat mereka ramai orang susah. Masya Allah.
 
Ada juga individu yang datang berjumpa saya meminta sekampit beras lagi. Beliau mempunyai 8 orang anak yang semuanya masih kecil. Dan beliau berniaga kecil kecilan. Apabila saya lalu dihadapan rumah beliau, saya selalu perhatikan yang anak anaknya makan nasi kosong sahaja yang dicampur dengan sedikit daging goreng, atau telur goreng. Tiada kuah. Jika rezeki mereka kurang hari itu, anak anaknya akan makan nasi kosong bergaram sahaja. Ada kalanya, saya tengok anaknya mencampurkan air kosong di dalam nasi untuk dijadikan kuah.
 
Sedih hati ini melihat kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
 
Saya sebenarnya cuba untuk mengagihkan beras ini sebaik mungkin. Saya mahu apa yang anda sumbangkan sampai ke golongan sasar yang memerlukan.
 
Walaupun hanya sekadar sekampit beras untuk satu keluarga, sekurang kurangnya kita dapat memberi mereka makan nasi dalam seminggu dua.
 
Selepas mengagih agihkan beras ini, saya rasa terharu. Terharu kerana melihat terlalu ramai dikawasan sekitar kampung saya yang amat amat memerlukan bantuan. Kebanyakkan mereka benar benar gembira memperoleh sumbangan beras ini. Saya dapat perhatikan kegembiraan pada wajah mereka selepas menerima beras ini.
 
Ingin saya kongsikan, ada anak jiran saya yang apabila diberikan beras sekampit ini, beliau dan adik beradiknya melompat kegembiraan. Menjerit jerit memberitahu ibunya yang saya memberikan beras kepada mereka. Allah Allah. Mereka mendapat beras seolah olah mendapat 'emas'.
 
Di tangan saya, masih ada beberapa kampit beras. Dan masih ada baki duit di tangan saya yang akan saya gunakan untuk membeli beras. Insya Allah, amanah anda ini akan cuba diselesaikan secepat mungkin.
 
Saya rasa, cukuplah dulu kutipan dana untuk kali ini. Saya rasa projek sumbangan beras telah mencapai matlamatnya.
 
Maka, secara rasminya. Kutipan Dana Projek Sumbangan Beras Ini Ditutup. Insya Allah, jika ada rezeki. Kita akan lakukan kerja kerja amal yang lain pada masa hadapan.
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang idea untuk kita semua melakukan kerja kerja amal sebegini. Anda boleh maklumkan kepada saya. Insya Allah, kita sama sama berusaha untuk memberikan kepada mereka yang memerlukan.
 
Semoga Allah merahmati kepada kita semua sama ada yang menyumbang secara langsung atau pun tidak. Jika anda tidak berpeluang untuk menderma kali ini, berdoalah agar Allah memberi kelapangan kepada anda untuk memberi sumbangan pada masa akan datang.
 
Wassalam
 
* Saya mohon maaf kerana tidak sempat membalas emel emel anda yang menghantar kepada saya untuk memaklumkan sumbangan anda itu. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

3 ulasan:

  1. As salam,

    Saya cadangkan kita buat kutipan/agihan beras ni secara berterusan. sebulan sekali atau 2 bulan sekali atau sebagainya. Saya faham Firdaus pun sibuk dgn ayam & tugasan lain. terimakasih kerana bantu kami melakukan tugasan ini.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Saya nampak amount saya pada tarikh itu. Terharu dan sebak membaca entry ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda sekeluarga. Alhamdulillah. Saya sangat berterima kasih saudara.

    BalasPadam
  3. Assalam Firdaus; sebak membaca kesempitan yg dilalui oleh mereka ini. Saya cadangkan mungkin boleh buat secara berjemaah (turun padang) pula supaya kami dan anak2 terutamanya dapat merasai / menjiwai keperluan bersedekah ini. Didikan secara alami adalah lebih berkesan kepada anak-anak kita.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top