Assalamualaikum,
 
Dah lama saya tak update blog. Nak buat macam mana. Saya teramat sibuk sekarang ni.
 
Awal pagi, selepas solat Subuh saya akan menulis buku saya yang masih dalam proses pembikinan. Rupanya, bukan mudah nak tulis buku. Bukan senang nak tulis bagi orang baca dan kemudian menghayati apa yang kita tulis. Dan satu pengalaman yang saya dapat semasa menulis buku ini adalah, bukan setiap masa saya boleh tulis buku. Nak tulis buku kena ada 'feel'. Kalau tak, bila tulis macam tak best aja baca.
 
Masa saya menulis blog dah ditukar kepada masa saya menulis buku. Sebab itulah anda datang ke blog saya ini dan tak nampak saya update blog.
 
Saya mohon maaf.
 
Lepas sarapan, saya melawat reban ayam saya di Parit Buntar. Ayam sekarang dah berumur 6 hari. Alhamdulillah. Setakat ini. Ayam sihat membesar.
 
Sekitar jam 9 pagi, saya perlu ke tapak projek 'construction' yang sedang saya jalankan. Ada jiran saya yang minta saya buat bangunan bersaiz 50' lebar x 30' panjang x 14' tinggi. 
 
Allah Allah. Inilah rezeki dari pintu yang tidak disangka sangka.
 
Sebenarnya, saya bukan seorang kontraktor. Tapi, entah mengapa. Ramai orang suruh saya buat 'construction' untuk mereka.
 
Dulu pun, saya bukan seorang kontraktor reban ayam. Tiba tiba, ada orang minta tolong buat reban ayamnya di Kuala Kangsar.
 
Sekitar tengah hari, saya ke Bandar Baharu untuk uruskan pembinaan 2 unit reban ayam. Reban ni dah siap pun. Tapi, antara sedar atau tidak. Saya tak pernah upload gambar reban di Bandar Baharu.
 
Sebenarnya, saya takut nak upload. Sekarang ini pun saya dah sibuk. Kalaulah saya asyik upload gambar saya buat reban di blog ni. Saya takut lagi ramai yang datang minta saya buat reban ayam.
 
Kakitangan saya tak cukup lagi sekarang ni. Saya hanya boleh buat 2 unit reban di dua kawasan berbeza pada satu satu masa. Sedangkan permintaan buat reban ayam ni amat tinggi.
 
Lewat petang, baru saya balik ke Parit Buntar. Sekali lagi, nak kena lawat tapak projek pembinaan. Nak make sure para pekerja buat kerja seperti mana yang disuruh.
 
Kemudian, pergi ke reban ayam. Bersembang dengan para pekerja tentang keadaan ayam.
 
Kemudian, balik rumah bersiap sedia untuk menunaikan Solat Maghrib di surau. Selepas solat Isyak, baru saya ada sedikit masa lapang. Baru sempat nak bersembang dengan Maria.. Huhuhu....
 
Disebabkan keterbatasan masa saya sekarang ini, saya benar benar tak sempat nak update blog.
 
Insya Allah, dalam masa terdekat ini, saya akan mengambil seorang pekerja untuk menjadi Pembantu Peribadi saya. Beliau akan membantu saya menguruskan kerja kerja saya di sini.
 
Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada saya.
 
Semoga Allah terus membuka segala pintu rezeki yang halal buat saya sama ada dari langit atau pun dari bumi, sama ada jauh atau dekat. Semoga Allah permudahkan.
 
Amin.

Wassalam.

Firdaus

* Sebenarnya, rindu nak tulis blog. Setiap hari ada saja topik yang bermain di minda saya yang mengatakan, "aku perlu share benda ni di blog". Tapi, tak sempat nak buat. Sayang rasanya jika pengalaman hidup saya ini tidak dikongsi dengan orang lain. Sebab saya yakin, banyak perkara yang saya lalui dapat memberi pengajaran kepada oran lain. Semoga Allah memberi ruang kepada saya untuk terus berkongsi.

* Esok saya akan kongsi dengan anda kisah pemandu lori.......Menarik dan banyak memberi pengajaran kepada kita semua.... Nantikan ya.....

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top