Assalamualaikum,

Seperti yang saya janjikan semalam. Hari ini saya akan ceritakan kisah saya bertemu dengan seorang pemandu lori.

Baru baru ini, saya ada berjumpa dengan seorang pemandu lori. Beliau ada datang ke reban saya atas sebab sebab tertentu.

Saya bertanya kepada beliau. "Bang bawa lori betul betul hari apa?"

Beliau menjawab, "Saya bawa lori hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat sahaja. Hari lain saya cuti.

"Habis tu, hari lain abang buat apa? Tak buat kerja lain ka?" saya bertanya.

"Tak buat apa apa. Hari cuti tidur lah. Nak buat apa lagi?" beliau terus menjawab.

Sedih

Saya sebenarnya sedih dengan 'mentaliti' beliau. Sebagai pemandu lori, saya menganggarkan beliau memperoleh RM80 sehari. Satu minggu beliau bekerja 4 hari dan memperoleh RM320. Maka dalam tempoh sebulan, beliau memperoleh RM1280.

Saya sedih kerana beliau membazirkan masa sebanyak 3 hari seminggu begitu sahaja.

Cuba bayangkan, kalau beliau keluar dari 'comfort' zone beliau. Banyak perkara yang beliau boleh lakukan dalam 3 hari ini.

Namun, beliau memilih untuk kekal selesa begitu. 'Selesalah sangat'.

Saya terfikir, kenapalah beliau yang masih muda, sihat dan bertenaga membazirkan masa begitu sahaja. Cubalah buat business part time dalam 3 hari itu.

Sedikit sebanyak, part time business itu dapat menambah pendapatan beliau sekeluarga.

Contoh Lain

Ada seorang sahabat saya, dahulu beliau bekerja kilang. Beliau datang ke reban saya dan bercerita keperitan beliau bekerja hanya untuk memperoleh RM1,500 sebulan.

Setiap pagi, beliau terpaksa menunggang motor dari Parit Buntar ke Perai untuk pergi ke kilang tempat beliau bekerja. Pergi awal pagi dan pulang lewat petang. Jika mahu wang lebih, beliau akan buat OT. Dengan kerja 'all out' ditambah dengan OT, dapatlah beliau sekitar RM2,000 sebulan.

Beliau terasa amat penat.

Terasa apa yang beliau lakukan tidak memberikan pulangan yang setimpal kepadanya.

Saya mencadangkan beliau untuk membuat business part time. Buatlah apa sahaja asalkan business part time.

Saya menceritakan, tak guna beliau buat OT, kerja macam 'lembu', diperah tenaga semaksimum mungkin, kemudian dibayar dengan bayaran yang tidak setimpal.

Saya kata, lebih baik beliau kerja macam biasa. Tak perlu buat OT. Tapi, masa hari cuti buat business part time. Insya Allah, kalau dah business part time ni stabil. Boleh berhenti kerja dan fokus kepada business.

Saya katakan kepada beliau. Kalau mahu keputusan yang berbeza, kita kena buat benda yang berbeza. Kalau kita asyik buat benda yang sama, kita akan dapat keputusan yang sama.

Beliau bersetuju dengan cadangan saya.

Beliau mula menjual air dan burger di pasar malam pada hari cuti. Selain itu, pada waktu malam sekiranya terdapat ceramah ceramah politik, beliau akan berniaga di situ.

Tak sampai tempoh satu bulan, beliau nampak hasilnya. Beliau mula merasai wang yang diperoleh melalui perniagaan kecil kecilan di pasar malam mampu memberi pulangan lebih kepada beliau berbanding kerja makan gaji di kilang.

Akhirnya, beliau 'terpaksa' berhenti kerja. Nak buat macam mana. Ini bukan pilihan.

Beliau terpaksa.

Terpaksa berhenti kerja kerana beliau mula nampak sebenarnya rezeki Allah ini amat luas melalui perniagaan. Cumanya, beliau tak nampak sebelum ini.

Sekarang, beliau sudah pun berjaya. Sekarang beliau sudah mampu membeli van dan mempunyai tapak sendiri di pasar malam. Perniagaan beliau semakin maju dan pendapatan beliau sekarang jauh lebih banyak berbanding semasa beliau bekerja kilang.

Kali ini, beliau lebih puas. Puas kerana bekerja sendiri. Tak perlu lagi menerima arahan daripada orang lain. Sebaliknya bekerja untuk diri sendiri.

Saya bersyukur melihat keadaan beliau sekarang.

Satu ketika dahulu, beliau membuat keputusan untuk keluar dari 'comfort zone.'  Beliau berani mencuba. Dengan usaha yang berterusan dan istiqamah. Beliau berjaya merubah kehidupan beliau.

Ramai Rakyat Malaysia Yang "Sudah Selesa"

Pandangan peribadi saya, rakyat Malaysia sebenarnya 'sudah selesa'. Mereka sudah berada di zon selesa. Mereka merasakan yang cukuplah apa yang mereka peroleh selama ini.

Mereka tidak mahu merubah kehidupan.

Mereka tidak mahu cuba untuk melakukan sesuatu yang lain.

Percayalah, jika anda ingin mencari wang tambahan.

Melakukan OT bukanlah caranya. OT boleh berikan anda duit tambahan. Tetapi, ia hanya menyelesaikan masalah anda dalam waktu yang singkat. Selepas itu, anda terpaksa melakukan OT lagi untuk mencari duti lagi.

It's never ending story. You have to change. You have to do something else.

What do you want to do? Don't ask me. Ask you self.

Hari Ini

Bolehkah anda hidup dengan gaji RM1,500 sebulan di Malaysia hari ini. Gambar di bawah ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita mengenai perbelanjaan bulanan kita.


Pandangan peribadi saya, jika pendapatan anda hari ini tidak mencukupi. Tolonglah jangan 'jimat di sana, jimat di sini'. Sebaliknya, cubalah untuk 'mencari duit tambahan di sana dan duit tambahan di sini.'

Jangan potong perbelanjaan anda. Tetapi, fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk mencari wang tambahan.


Lihat pula keratan akhbar yang ditulis di Berita Harian. Tidakkah statistik ini menakutkan kita?



Lihat pula bagaimana mereka yang berani keluar dari 'comfort zone'. Kehidupan boleh berubah sekelip mata.
Syaratnya mudah. Kita kena berani keluar dari 'comfort zone'.
Buatlah apa sahaja yang kita boleh buat. Percayalah, dalam banyak banyak perniagaan. Perniagaan internet lah yang paling mudah. Modal yang lebih kecil. Cuma perlukan sedikit kemahiran untuk menarik perhatian pelanggan.
Apa nak dijual??? Anda fikirkan lah sendiri. Orang boleh jual macam macam di internet. "Asal Barang Jadi Wang".
Semoga kisah hari ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita semua untuk mula berfikir, apa yang aku boleh lakukan hari ini untuk mengubah kehidupan aku masa hadapan.
Ingat, kos sara hidup semakin meningkat setiap hari. Kalau kita tidak keluar dari 'comfort zone' hari ini. Satu hari nanti kita akan rasa susah. Lebih baik kita susah sekarang daripada kita susah di hari kemudian.
Wassalam.

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top