Assalamualaikum,

Baru baru ini saya dihubungi oleh seorang sahabat saya dari Alor Setar dan juga dihubungi oleh guru saya dari Kolej Mara Banting. Mereka memohon kepada saya untuk mewarwarkan berita ini kepada para sahabat saya di blog ini.

Berikut adalah detail sumbangan yang mereka perlukan.

1) Sumbangan Bagi Menampung Perbelanjaan Menunaikan Haji

Sahabat saya ini bekerja di Yayasan Al Bukhary, Alor Setar Kedah. Beliau merupakan seorang yang suka membantu orang lain. Setiap bulan, sumbangan dari sudut wang ringgit mencecah ribuan ringgit.

Beliau menaja beberap pelajar miskin untuk belajar di maahad tahfiz dan juga belajar di sekolah biasa. Beliau juga membuat sumbangan tetap kepada beberapa sekolah agama yang memerlukan bantuan setiap bulan.

Pendek kata, banyak wang yang beliau peroleh disumbangkan untuk orang lain. Besar sungguh 'pencen kubur' beliau.

Baru baru ini, beliau menelefon saya. Beliau memaklumkan bahawa ada sepasang suami isteri dari Alor Setar menerima jemputan untuk menunaikan haji pada hujung tahun ini. Setiap seorang perlu memasukkan duit di dalam Tabung Haji dalam kadar segera sebanyak RM10,000. Ini bermaksud mereka berdua perlu menyimpan RM20,000 di dalam akaun Tabung Haji mereka.

Walau bagaimana pun, mereka hanya mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 sahaja. Pasangan suami isteri ini bukanlah dari golongan yang kaya. Mereka dari golongan yang miskin. Mereka hanya mengusahakan sawah padi di belakang rumah mereka. Itulah sahaja punca pendapatan mereka.

Anak anak mereka pun hanya bekerja biasa biasa. Anak anak mereka juga tidak mampu untuk menampung tambahan wang yang diperlukan.

Sahabat saya ini sudah pun menyumbang sedikit buat mereka. Tetapi, masih belum mencukupi.

Saya beritahu sahabat saya ini bahawa sebenarnya kalau mereka tidak mempunyai duit, mereka tidak wajib menunaikan haji. Tak perlu minta derma daripada orang lain pun.

Namun, sahabat saya mengatakan tidak salah untuk kita memenuhi impian mereka untuk menunaikan haji. Lagipun, mereka belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi. Besar pahala kalau kita memenuhi impian mereka ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.

Saya bersetuju. Bersetuju untuk membantu beliau mengutip derma bagi memenuhi impian pasangan suami isteri ini.

Jika anda berminat. Caranya mudah. Anda boleh menghubungi Tuan Haji Abdullah Bin Lin untuk maklumat lanjut di talian : 0194149398.

Ini Akaun Maybank beliau : Abdullah Bin Lin. 5020 3650 3415 

Selepas dah transfer. Anda boleh mesej beliau.

Semoga impian pak cik dan mak cik yang hendak menunaikan haji itu tercapai.

2) Sumbangan Untuk NGO MAKNA. Majlis Kanser Nasional

Pihak MAKNA dengan kerja sama MARA melalui Kolej Mara Banting akan menganjurkan pementasan teater. Persembahan akan dibuat oleh para pelajar Kolej Mara Banting.

Tujuan pementasan ini adalah bagi mencari dana untuk menampung program MAKNA.

Mereka memerlukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit. Anda boleh menyumbang dengan membeli tiket masuk untuk para penonton. ( Anda mungkin tidak hadir, tetapi tiket itu akan diberikan kepada orang lain ).

Atau pun, anda juga boleh membuat iklan perniagaan anda di buku program mereka. Harga untuk satu muka A4 penuh adalah RM2000. Harga untuk separuh muka surat adalah RM1000. Dan harga untuk suku muka surat adalah RM500.

Sekiranya anda berminat. Anda boleh menghubungi Puan Nilawati di talian : 0122514858.

Ayuh, sama sama kita membantu sekadar yang termampu. Semoga sumbangan kecil kita hari ini memberi impak yang besar diakhirat kelak.

Wassalam

2 comments:

  1. Salam Tn Hj
    no maybank tu no akauan tn. hj bukan nye En Abdullah. nak masukkan ke akauan tn hj ke utk sumbangan En Abdullah pegi haji

    ReplyDelete
  2. Salam Hj
    no akauan tu bukan utk En Abdullah tapi akaun tn hj sendiri. harap dpt di betulkan

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top