Assalamualaikum,

Setiap hari, saya akan berada di dalam kereta hampir satu jam.

Alhamdulillah, kebiasaannya saya akan mendengar rakaman ceramah Ustaz Shamsuri di dalam kereta.

Hari ini, saya hanya mahu berkongsi dengan para pembaca mengenai topik yang di baca berulang ulang kali oleh Al Fadhil Ustaz dalam ceramah ceramah beliau.

Iaitu Wudhu'

Ramai di antara kita yang mengambil mudah bab wudhu' ini. Perkara ini saya perhatikan sendiri ketika para jemaah mengambil wudhu' di kolah kolah masjid.

Sebab itulah saya rasakan saya perlu berkongsi dengan para pembaca di sini.

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah:

1) Tidak membasuh muka dengan sempurna. Kawasan yang perlu dibasahkan di bahagian muka adalah dari permulaan kawasan rambut, turun ke tepi cuping telinga dan terus turun ke bahagian bawah dagu. Tetapi, ada jemaah yang tidak sampai air ke kawasan wudhu.

2) Lihat kuku jari tangan dan jari kaki anda sekarang. Panjang atau pendek? Apa yang saya perhatikan, ramai orang jika berkuku panjang atau sederhana panjang tidak memasukkan air dicelah kuku mereka sedangkan kawasan itu adalah kawasan wudhu'.

Kesannya, wudhu' kita tidak sah.

Sebab itulah kita tidak digalakkan menyimpan kuku panjang. Sebab itulah kita selalu disuruh memotong kuku untuk menjaga kebersihan dan memudahkan kita mengambil wudhu'.

3) Ada orang yang mengambil wudhu', tetapi air wudhu'nya tidak sampai ke kawasan belakang siku tangan. Kesannya, wudhu' juga tidak sah.

4) Bahagian terakhir, saya nampak orang ramai melakukan kesahalan ketika membasuh kaki. Ramai orang tidak sedar bahawa kawasan wudhu' adalah keseluruhan kawasan kaki sehinggalah ke kawasan buku lali. Ada orang yang hanya menjirus air ke kaki mereka, tanpa memikirkan adakah jirusan itu terkena kulit di celah kuku mereka, adakah terkena di bawah tapak kaki mereka, adakah terkena di celah celah jari kaki mereka, adakah terkena dikawasan belakang kawasan buku lali mereka. Jika tidak kena, sekali lagi wudhu tidak akan sah.

Kesan Wudhu Tidak Sah

Impaknya amat besar jika wudhu' kita tidak sah. Antaranya adalah, jika kita bersolat dengan wudhu' yang tidak sah, maka solat kita juga tidak sah. Tak gunalah kita solat hatta sehingga 1000 rakaat sekali pun. Jika wudhu tidak sah. Solat kita tidak akan diterima oleh Allah.

Apabila kita selalu mengambil mudah hal wudhu' ini. Kita mungkin akan terbiasa untuk mengambil wudhu dengan kurang sempurna.

Bayangkan jika kita ke Mekah untuk menunaikan Haji atau Umrah, kita berwudhu' dengan tidak sempurna, kemudian kita melakukan ibadah Tawaf Umrah atau Tawaf Haji, maka Tawaf itu tidak akan sah. Apabila Tawaf tidak sah, ibadah Umrah dan Haji juga tidak sah.

Kesan lebih buruk adalah kita melakukan pantang larang ihram sedangkan ibadah umrah dan haji kita masih tidak sempurna. Diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa sepanjang masa.

Bayangkan, semua ini berlaku hanya kerana kita mengambil mudah hal wudhu'.

Rasulullah Berwudhu'

Ustaz Shamsuri menceritakan melalui ceramah ceramah beliau bahawa Rasulullah akan menyempurnakan wudhu baginda sesempurna mungkin.

Hadis yang dibawa bukan satu kali, tetapi berkali kali Rasulullah mengingatkan para sahabat untuk mengambil wudhu' dengan sempurna.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top