Assalamualaikum,

Ramai orang tahu, sedekah adalah anak kunci kepada kekayaan. Ramai orang tidak sedar, kita tidak kaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi.

Cuba kita lihat kehidupan mereka yang suka memberi. Hidup mereka lebih diberkati. Kita tak perlu melihat jauh jauh. Cuba kita cari di sekitar kita, kalau kalau ada kawan kawan atau saudara mara kita yang suka menderma. Cuba kita perhatikan kehidupan mereka. Hidup mereka lebih teratur dan urusan mereka terasa dipermudahkan. Kalau tak percaya, cuba tanya mereka.

Kisah Sahabat !!!

Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan untuk bersembang dengan seorang sahabat saya. Dah lama saya tak keluar makan dengan beliau. Dah lama kami tak berbual. Syukur, malam tadi Allah temukan kami lagi.

Semasa kami bersembang, beliau yang banyak bercakap. Saya hanya mendengar sahaja. Saya rasa seronok mendengar. Kerana terdapat perubahan ketara dalam kehidupan sahabat saya ini.

Jika dahulu, hidupnya agak 'huru hara'. Tetapi, selepas Allah menguji beliau dengan ujian kesihatan pada tahun lepas, beliau tersedar dan mula mendapat hidayah daripada Allah.

Pertemuan Tahun Lepas

Awal tahun lepas, saya ada makan bersama beliau. Pada waktu itu, beliau baru sahaja sihat daripada ujian kesihatan yang Allah berikan akepada beliau.

Semasa makan, beliau menceritakan yang beliau mahu kembali ke pangkal jalan. Beliau menceritakan yang beliau banyak lalai dalam menjalankan tanggung jawab sebagai hamba Allah. Beliau selalu terbabas solat.

Pada waktu itu, saya menasihati beliau untuk memperbanyakkan mendengar ceramah agama. Saya suruh beliau mendengar zikir zikir dan selawat di dalam kereta. Saya suruh beliau menjaga hubungan dengan Allah.

Memandangkan beliau seorang businesman, saya menasihatkan beliau kalau mahu kaya dan berjaya, kena amalkan solat Sunat Dhuha dan perbanyakkan sedekah.

Saya hanya memberikan nasihat kepada beliau atas dasar sebagai seorang sahabat yang mahukan sahabatnya menjadi lebih baik. Itu sahaja.

Selepas pertemuan itu, kami jarang berjumpa. Jika berjumpa pun, kami tak sempat nak bersembang lama.

Perbincangan Malam Tadi

Malam tadi, semasa kami bersembang. Beliau menceritakan pengalaman beliau kepada saya tentang amalan bersedekah dan solat Sunat Dhuha.

"Firdaus, hang ingat tak masa kita jumpa tahun lepas. Masa tu kan, aku baru lepas baik dari sakit. Aku nak cerita kat hang, aku syukur Allah bagi aku sakit tu. Sebab lepas aku sakit, baru aku rasa nikmat sihat. Baru aku faham sihat tu apa. Sebelum ni, aku jarang bersyukur nikmat makan, nikmat tangan, nikmat kaki dan nikmat nikmat lain lagi. Sampai Allah 'tarik' balik nikmat tu dari aku waktu tu, baru aku sedar. Banyaknya nikmat yang Allah bagi dekat aku."

"Lepas aku jumpa hang tahun lepas, aku mula dengar ceramah agama. Aku mula dengar zikir zikir selawat dalam kereta. Dan satu benda yang aku nak share dengan hang, hidup aku lebih tenang lepas aku jaga hubungan dengan Allah."

"Dulu, hidup aku serabut. Banyak benda yang aku nak buat. Tapi macam susah aja. Nak buat sales pun susah. Call orang tu, call orang ni. Macam 'anjing' aku kejar orang nak buat sales. Business tak menjadi pun. Hidup susah pun. Sibuk memanjang. Tapi tak der aper hasil pun."

"Aku nak cerita satu kisah kat hang. Ada satu hari tu, masa aku makan di Alor Setar. Ada seorang peminta sedekah pergi dari satu meja ke satu meja minta derma. Aku tengok aja kat dia. Sorang pun tak layan dia. Semua tak bagi derma kat dia. Lepas tu dia datang ke meja aku. Aku tengok surat yang dia minta derma tu. Aku cakap kat dia, aku tak ada duit sangat waktu tu. Aku cakap kat dia yang aku nak belanja dia makan. Itu saja 'derma' yang aku boleh buat waktu tu."

"Lepas aku sedekah hari tu, tahu tak. Esoknya, business aku mula menjadi. Allah beri rezeki kat aku mencurah curah. Tak macam sebelum tu. Untung beribu ribu. Waktu tu, aku teringat yang hang pesan pasal suruh banyakkan sedekah dan solat Sunat Dhuha. Aku mula solat Sunat Dhuha. Benda yang aku tak pernah buat sebelum tu."

"Lepas tu, aku mula banyak bersedekah. Aku mula start solat Sunat Dhuha. Aku mula jaga solat fardhu aku.  Aku mula jaga hubungan dengan Allah. Tahu tak, apa jadi kat aku lepas aku? Hidup aku jadi huru hara. Business aku menjadi jadi. Kalau dulu aku yang terkejar kejar customer. Alhamdulillah, sekarang customer yang terkejar kejar call aku. Kalau dulu rasa macam susah aja, tapi sekarang rasa hidup ni dipermudahkan. Segala urusan dipermudahkan."

Dan yang bestnya. Beliau cakapkan benda ini kepada saya.

"Satu benda yang aku nak kongsi dengan hang. Kalau hang nak rezeki hang murah, kalau hang nak hidup hang jadi senang. Hang kena jaga hubungan hang dengan Allah. Hang kena rajin bersedekah. Dan yang penting, hang kena jaga solat Sunat Dhuha. Percayalah. Nanti semua masalah hang setel."

Alhamdulillah. Saya rasa bersyukur melihat perubahan dalam hidup beliau hari ini. Nampak lebih tenang dan teratur hari ini. Bersyukur dengan hidayah yang Allah kurniakan kepada beliau.

Kemudian, saya menceritakan kepada beliau mengenai Projek Sumbangan Beras Untuk Mereka Yang Memerlukan seperti dalam entri saya sebelum ini. Respon beliau amat positif.

"Aku nak bagi 10 kampit beras. Nah ambil ni. RM250.  Hang tolong lah cari dan bagi beras tu kat depa yang susah. Aku kalau nak bagi duit, no hal. Tapi, nak suruh aku pi cari orang susah ni. Aku tak ada masa. Bagus lah hang buat projek macam ni. Lain kali, kalau hang ada projek macam ni lagi. Bagi tau aku."

Projek Beras

Alhamdulillah. Projek beras ini mendapat sambutan yang amat luar biasa. Saya tak menyangka sambutan sebegini hebat. Setakat ini, sumbangan yang diterima sudah melebihi 80 kampit beras. Saya rasa, ia boleh mencecah 100 kampit beras hari ini.

Hari ini, adalah hari terakhir kutipan dana ini  akan dijalankan. Saya menyeru kepada kita semua untuk terus memberi. Saya akan mula menjalankan pengagihan beras ini dalam masa terdekat.

Semoga hidup kita akan terus diberkati apabila kita terus memberi. Erti Hidup Pada Memberi

Wassalam

* Bagi mereka yang tak berkemampuan untuk menderma. Mohon Like entri ini. Insya Allah. Mana tahu ada rakan rakan anda yang lain yang mahu menderma. Anda akan turut mendapat pahala. Insya Allah. Sama sama mencari pencen kubur.

1 comments:

  1. Amat bermakna dan menyentuh perassan saya. Saya tumpang gembira

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top