Assalamualaikum,

Semalam, saya ada bertemu dengan seseorang yang tidak saya kenali. Saya berjumpa dengan beliau di sebuah kilang beras untuk uruskan satu perkara.

Apa yang menarik, saya perhatikan beliau sedang menunggu pekerja kilang untuk pek 50 kampit beg beras. Saya pun kemudiannya berbual dengan beliau.

"Bang, beras ni banyak banyak nak buat apa?"

"Oh.... Saya nak derma beras ni untuk orang susah dikawasan kampung saya."

"Alhamdulillah. Saya sangat setuju dengan tindakan abang ni. Dan saya yakin, Allah mesti tolong abang dengan derma derma macam ni."

"Sumbangan ni bukan dari saya sorang,  tapi saya kumpul dengan kawan kawan saya. Kami semua duduk di KL. Kawan kawan saya ni ramai yang ada duit. Tapi depa tak ada masa nak buat kerja kerja macam ni. Nak pi beli beras, nak hantar ke rumah rumah orang susah. Saya ada kelapangan sikit, ini yang saya buat ni"

"Alhamdulillah. Bagusnya. Seronok saya dengar. Betul abang cakap. Orang ramai ada duit. Tapi depa tak ada masa nak buat kerja kerja macam ni. Lagi pun, bila kita bagi sendiri dekat orang susah. Dah confirm kita bagi kepada mereka yang betul betul memerlukan."

"Kami buat projek sumbangan beras ni di dua tempat. Satu di Baling, lagi satu di Bandar Baharu. Dalam setahun, kami buat sumbangan derma 3-4 kali. Alhamdulillah. Bila jumpa dengan orang susah ni, saya rasa sedih. Depa ni betul betul menghargai pemberian kita."

"Macam mana dapat idea nak buat kerja kerja macam ni bang?"

"Ada sorang member saya, dulu dia susah. Masa dia kecil, ada satu masa. Dia tak makan nasi satu minggu. Sebab tu bila dia senang, dia suka tolong orang lain. Dia cerita pengalaman hidup dia masa susah. Dia ajak kami semua buat projek macam ni. Derma beras kepada orang susah. Sebab dia tak mau lagi anak anak orang susah tak makan nasi."

Terasa Kagum

Saya berasa kagum dengan semangat berkumpulan yang ada di antara rakan rakan beliau.

Betul tak apa yang saya katakan. Tak ramai di antara kita yang mampu untuk buat kerja kerja macam ni. Kita tahu ada orang susah. Kita tahu ada ramai yang memerlukan. Tapi, kita tak berkesempatan untuk buat kerja kerja amal macam ni.

Ada di antara kita yang ada duit. Tapi tak ada masa. Tak ada masa untuk nak pergi cari orang susah untuk diberikan sumbangan.

Memikirkan masalah ini, saya ingin membuat satu projek.

Projek Sumbangan Beras Untuk Orang Memerlukan

Melihat projek yang abang itu jalan kan, saya bercadang untuk menjalankan projek yang sama. Saya berhasrat untuk mengumpul dana untuk menjalankan projek sumbangan beras untuk mereka yang memerlukan.

Sasaran saya, 50 kampit beras. Satu kampit beras berharga RM25.00. Jumlah kutipan yang disasarkan adalah RM1250.

Sebagai pendahuluan, saya memulakan kutipan ini dengan memberi sumbangan 10 kampit beras berjumlah RM250.

Jadi, masih ada 40 kampit beras yang diperlukan.

Sumbangan Ke Maybank

Bagi mereka yang mahu menderma, anda boleh bank in ke Akaun Maybank saya. Nama : MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD. No Akaun : 1521 1604 0160.

Insya Allah. Selepas cukup duit kutipan derma ini, saya akan mula menjalankan kerja kerja pengagihan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga, sedikit sumbangan kita ini memberi sedikit harapan kepada mereka yang memerlukan.

Percayalah, banyak lagi rezeki yang Allah akan berikan kepada kita sekiranya kita menderma kepada orang lain.

Wassalam

10 comments:

  1. assalam,
    plse see email.
    AJ

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Baru sebentar tadi saya bank in kan duit ke akaun tuan.
    Ref code 1753074629
    -Amam-

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Baru sebentar tadi saya bank in kan duit ke akaun tuan.
    Ref code 1753074629
    -Amam-

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji, saya ada transfer RM375

    ReplyDelete
  5. as salam. pg ni, baru bank in sedikit duit ke akaun tuan unuk projek sumbangan beras untuk fakir miskin

    ReplyDelete
  6. As salam tuan,

    This is to inform you that Hamba Allah has transferred RM50
    to your Maybank account for Sumbangan beras on 01/29/13 12:14:51 via Maybank2u.com

    ReplyDelete
  7. As Salam,
    Dah transfer ya.. Ref : 1753950941
    29 Jan 2013

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah pindah rm50. Rujukan 1753974100

    ReplyDelete
  9. Status: Successful
    Reference number: 1755483742
    Transaction date: 01 Feb 2013 02:23:40
    Amount: RM25.00
    To Open 3rd Party Account : 152116040160
    3rd Party Email Address : mfms1981@yahoo.co.uk
    Account Holder Name : MOHD FIRDAUS BIN MAT

    ReplyDelete
  10. jika tuan memerlukan beras dengan kuantiti yang banyak & harga yang murah sila hubungi sy. Kami supplier beras utk company beras terkemuka tempatan, tapi blh kata semua ambil dgn kami, tp repackaging jenama sendiri je. Harga mmg murah, blh bincang dgn pakcik sy.. Call saya 013-7319773

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top