Assalamualaikum,

Hari Selasa lepas, saya memulakan perjalanan untuk ke Besut, Terengganu bagi melakukan kerja kerja permulaan pembinaan reban ayam di sana. 

Rasanya, tak ramai yang tahu pasal ini.

Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki saya selepas dipilih untuk membina reban ayam di Besut, Terengganu. 

Syukur rasanya. Ini kerana, terdapat banyak syarikat lain yang turut menghantar Quotation kepada pemilik. Tetapi, saya yang terpilih. Alhamdulillah.

Projek ini akan bermula awal bulan Januari ini. Dijangka mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Namun, ia bergantung kepada 'payment'. Kalau payment berjalan lancar, kerja pun berjalan lancar. Semoga tiada masalah dalam proses pembinaan reban ini.

Perkongsian Pengalaman Perjalanan Ke Besut


 Melalui kawasan Tasik Banding yang begitu cantik


Saya memandu all the way. Kami singgah di Machang dahulu, sebelum bertolak ke Besut pada esok pagi.


Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk ke Machang dari Parit Buntar.


Menziarahi reban ayam open sahabat di Machang


Pemandangan dalam reban. Ayam masih belum tiba waktu ini. Beliau terpaksa berehat panjang kerana bulan 12 adalah musim hujan dan banjir di Kelantan.


Menziarahi reban tauke ayam terbesar di Machang. Berstatus jutawan pemilik reban ayam ini.


Ayam beliau baru berusia 7 & 9 hari semasa menziarahi reban ayam beliau.


Selepas menunaikan Solat Maghrib di Masjid. Saya makan malam bersama sahabat saya Okaz, di kedai makan sambil menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Johor. Masya Allah, Subhanallah. Fantik sungguh penyokong kelantan menonton bola sepak. Walaupun di kedai, tapi mereka menjerit macam ada di stadium.

Makan nasi goreng KVR yang teramat sedap di kedai ni. Memang sedap. Thanks Okaz sebab belanja saya.


Awal pagi, kami bergerak ke Besut untuk melawat tapak projek yang akan dibina reban ayam nanti.Kami membuat kerja leveling tanah. Insya Allah, minggu hadapan kerja kerja leveling tanah akan dimulakan.
 

Makan tengah hari di kedai. Okaz ambil siput ini. Masya Allah. Tak pernah tengok 'Nate' ni. Mula mula macam tak lalu nak makan. Tapi bila try, macam sedap la pulak.


Sebelah petang, bertolak pulang ke Parit Buntar. Sampai di rumah jam 8.30 malam. 

Alhamdulillah. Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik. Semoga projek di sini berjalan lancar. Amin.

Kepada para sahabat, tolong doakan saya ya.

Wassalam

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan Haji Firdaus,
    Terima kasih atas update blog pasal ayam.. Agak-agak kalau kat melaka boleh buat reban tak?

    ReplyDelete
  2. ya allah, permudahkanlah kerja hj firdaus. Limpahkanlah kasih sayangmu kepadanya. Semoga dia menjadi salah seorang jutawan yg bertaqwa.

    ReplyDelete
  3. simpati...jika anda mahu lihat saksikan model terbaik kaedah bela ayam kampung..datang ke putrajaya...jumpa DR YUS di Klinik Lita Alis bangi UKM. jika anda mahu memajak tanah untuk bela ayam yang seluas 2 ekar hubungi emel: kahisham@yahoo.com

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top