Assalamualaikum,

Berita di akhbar hari ini. 

Mara yakin mampu lahirkan 500 usahawan jutawan

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) yakin mampu melahirkan 500 usahawan jutawan menjelang 2015 melalui pelbagai inisiatif dan program yang dirancang sepanjang tempoh berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sektor Keusahawanan Mara, Datuk Ariss Samsudin berkata, sehingga kini seramai 196 usahawan jutawan berjaya dilahirkan dan yakin jumlah itu akan meningkat kepada 500 orang dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.

Bagi mencapai hasrat tersebut katanya, Mara menyediakan bantuan pinjaman serendah RM50,000 sehingga RM2 juta kepada usahawan Mara yang berpotensi memajukan perusahaan masing-masing.

"Melalui bantuan ini, usahawan terlibat mampu untuk mengukuh dan memajukan perniagaan mereka seterusnya menembusi pasaran yang lebih luas selain mendapat latihan dan pemantauan berterusan daripada Mara.

Saya dah lama tahu sasaran MARA ini. MARA  memang banyak membantu usahawan seperti saya.

Tahukah anda? Sebenarnya, saya termasuk salah seorang daripada 500 usahawan jutawan yang mahu dilahirkan oleh MARA. Pihak MARA pernah memanggil saya untuk berbincang apa yang mereka boleh bantu saya untuk saya menjadi jutawan.

Mereka mahu saya menjadi jutawan.

Allah Allah.... Besar sungguh harapan mereka. Mereka ada sebuah projek yang dinamakan Groom Big Project.

Sasaran mereka, usahawan yang sudah berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan. Mereka akan memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan khidmat nasihat untuk memastikan para usahawan ini menjadi jutawan.

Bayangkan, mereka menyediakan bantuan pinjaman bermula dari RM50,000 sehingga RM2,000,000. 

Saya pernah ditawarkan pinjaman RM1,000,000 oleh pihak MARA.Namun, saya terpaksa 'menolak'nya di saat saat akhir kerana sebab sebab tertentu.

Saya sering berdoa kepada Allah agar saya menjadi jutawan yang bertakwa sebelum berumur 33 tahun.

Tahun ini, saya berusia 32 tahun. Ini bermaksud, tahun ini saya perlu bekerja lebih keras bagi memastikan impian saya ini tercapai. Tahun 2013 saya perlu bertindak. Saya mahu menjadikan tahun 2013 tahun yang merubah kehidupan saya.

Saya mendoakan, agar sebelum hujung tahun ini. Saya boleh hit My First Million. Amin.

Kepada para pembaca. Doakan saya ya....Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top