Assalamualaikum,

Insya Allah, jika tiada aral melintang. Ibu saya akan menunaikan umrah pada 10 Februari 2013 ini.

Memandangkan ramai daripada jiran jiran saya yang akan mengikuti emak saya kali ini, dan ramai juga di antara mereka yang baru pertama kali menunaikan umrah. Emak saya meminta saya untuk memberikan kursus kepada mereka yang akan melakukan ibadah umrah tidak lama lagi.

Hari Ahad lepas, saya menjemput sekitar 25-30 orang bakal jemaah yang akan menunaikan umrah ke rumah saya. Kebanyakkannya  adalah jiran jiran di sekitar rumah saya. Ada juga jemaah yang datang dari Bukit Mertajam.


Jam 9.00 pagi, majlis bermula. Antara topik yang saya kongsikan adalah mengenai Sejarah Dan Keistimewaan Madinah, Ziarah Luar dan Dalam di Madinah, ibadah ibadah yang boleh dilakukan di Masjidil Nabawi, Raudhah, dan pelbagai aktiviti di Madinah. 


Syukur Alhamdulillah. Penerangan bergambar yang saya berikan banyak membantu mereka dalam memahami perjalanan umrah yang akan mereka lalui.


Seterusnya, saya menceritakan Sejarah dan Keistimewaan Mekah, Sejarah Kaabah, Pengertian Umrah, Rukun dan Wajib Umrah, Pantang Larang Ihram, Ibadah ibadah yang boleh dilakukan di Masjidil Haram dan pelbagai aktiviti lain di Mekah.


Yang kelakarnya, mereka panggil saya "Ustaz". Aduhai.. Bila la saya jadi Ustaz ni.... Program berakhir jam 11.30 pagi.

Selepas habis saya memberi kursus kepada bakal jemaah, saya terasa... Bilalah Allah hendak menjemput saya lagi untuk ke Tanah Suci. Terasa rindu untuk ke sana. 

"Ya Allah, tetapkanlah masa yang terbaik untukku ke sana..." Amin.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top