Assalamualaikum,

Pagi ini saya terbaca berita di akhbar mengenai sumbangan Dr Rozmey kepada Palestin.

Subhanallah. Saya rasa cemburu kerana beliau mampu untuk menyumbang sebanyak itu untuk rakyat Palestin. Ia bukan angka yang kecil.

Keseluruhannya, beliau merancang untuk menyumbang sebanyak RM20 juta. Sebagai pendahuluan, beliau telah menyumbang sebanyak RM2 juta. Allah Allah.

Saya rasa tercabar, saya rasa perlu bekerja keras agar saya mampu lakukan seperti yang beliau lakukan.

Mengapa Kita Perlu Menjadi Kaya 

Dahulu, saya tak pernah terfikir mengapa saya perlu menjadi kaya? Dahulu saya tak pernah fikir bila dah kaya nanti nak buat apa?

Namun, segalanya berubah selepas saya menyertai kursus motivasi Dr Azizan Osman. Beliau menceritakan kepada peserta bahawa, kita perlu bekerja keras untuk menjadi kaya. Kita perlu menjadi kaya kerana ramai orang disekeliling kita yang memerlukan bantuan kita. 

Ramai saudara mara kita yang miskin memerlukan bantuan kita.

Dan kita hanya boleh membantu mereka jika kita ada lebihan wang. 

Alhamdulillah, saya tak pernah lupa pesanan 'tok guru'' saya ini. 

Bahkan, saya ada impian untuk bina sebuah sekolah agama di Parit Buntar suatu hari nanti. Insya Allah. Ini impian saya. Saya hanya mampu untuk melakukan semua ini sekiranya saya kaya.

Sebab itulah sekarang ini, saya terpaksa bekerja keras sepanjang hari. Melakukan pelbagai bentuk perniagaan agar suatu hari nanti saya kaya. 

Sebab itu jugalah saya bersetuju untuk Maria menceburi bidang perniagaan online. Saya mahu dia juga berjaya.

Saya paksa diri saya untuk menjadi kaya kerana saya mahu membantu lebih ramai orang lain untuk menambah baik kehidupan mereka.

Saya perlu menjadi contoh yang baik kepada anak anak saya. Saya perlu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat di sekeliling saya.

Semoga Allah permudahkan urusan saya ini.

Awas !!!

Buat mereka yang bekerja keras untuk menjadi kaya, saya mengingatkan kita semua dan diri saya sendiri. Sama samalah kita mencari rezeki dari sumber yang HALAL sahaja. Jauhilah rezeki yang HARAM dan SYUBHAH. 

Ingatlah, setiap rezeki yang kita cari hari ini akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Dari mana ia datang dan ke mana ia dibelanjakan.

Ingatlah, dalam rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ada hak orang lain di dalamnya. Kalau kita ingat prinsip asas ini. Insya Allah. Kita akan berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Sama sama kita baca petikan akhbar hari ini. Semoga, ia memberi semangat dan inspirasi kepada kita untuk menjadi kaya dan berjaya.

Beliau sudah 'menjalankan' tanggung jawab beliau untuk saudara kita di sana. Kita bagaimana? 

Dr. Rozmey peruntuk RM20 juta bina semula Gaza

CHE Rozmey Che Din (dua dari kanan) bersama barisan pengurusan dR Rozmey Group menunjukkan cek bagi pembinaan masjid Nour Ar Rozmey di Palestin di Jitra, Kedah, semalam. 
 
KUBANG PASU 23 Jan. - Usahawan produk kesihatan, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din memperuntukkan sumbangan RM20 juta untuk membangunkan semula bumi Palestin termasuk membina sebuah masjid bernilai RM1.5 juta yang musnah akibat serangan tentera Israel.

Beliau yang juga Presiden dR Rozmey Group (dRG) berkata, sumbangan peribadi itu bagi menjayakan pelan pembangunan selama lima tahun menerusi empat teras utama iaitu penajaan anak syuhada dan yatim, pembangunan perumahan dan infrastruktur, pembinaan masjid serta pembangunan hospital.

Katanya, buat permulaan, sebanyak RM1.5 juta disumbangkan untuk membina sebuah masjid dinamakan sebagai Nour Ar Rozmey di Khan Yunis, Gaza dan RM500,000 disalurkan untuk program realiti Rebuilt Gaza tahun ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top