Assalamualaikum,

Saya mula menggunakan Iphone 4 sejak ia mula dikeluarkan. Umum mengetahui salah satu kekurangan Iphone adalah pengguna perlu membayar jika mahu 'mendownload' certain apps di Iphone.

Dan harga satu satu apps itupun bukan murah. Ada yang perlu dibayar hingga puluhan ringgit.

Jalan mudahnya.... JAILBREAK !!!

Jailbreak


Bahasa mudahnya, ada hackers di seluruh dunia yang akan cuba hack Apps yang berbayar di Apple Store. Kemudian mereka letakkan di sebuah server untuk di download secara percuma oleh orang lain.

Mereka lakukan ini secara suka suka tanpa sebarang bayaran. Dan orang ramai boleh download selepas mereka "Jailbreak" telefon mereka.

Dahulu masa mula mula saya menggunakan Iphone ini, ada sahabat di KL yang 'offer' untuk jailbreak saya punya Iphone secara percuma.

Selepas Jailbreak, saya boleh 'download' semua Apps secara percuma di Apple Store.

Saya mula 'download' satu persatu Apps yang saya mahukan. Ia percuma.

Tersedar

Sehinggalah satu hari. Saya tersedar, perbuatan saya ini salah dari sisi agama. Selepas itu, saya berhenti 'mendownload' sebarang Apps yang 'mencuri' dari Apple Store ini.

Saya berpendapat, tak perlulah saya buat kerja macam ni lagi. Yang dulu tu cukup cukup lah. Saya tak mahu mengambil hak orang lain yang bersusah payah untuk membangunkan Apps itu.

Akhirnya

Baru baru ini, saya ke KL. Saya bertemu dengan sahabat ini kembali dan meminta beliau 'De-Jailbreak' kembali Iphone saya ini.

Alhamdulillah. Sekarang, hati terasa lebih tenang. Tak mahu lagi mengambil hak orang lain. Takut, nanti diakhirat terpaksa nak menjawab dengan mereka yang kita ambil haknya.

Syukur atas hidayah yang diberikan oleh Allah.

Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua yang masih Jailbreak Iphone mereka.

Amin.

1 ulasan:

  1. Sebenarnya kegunaan jailbreak tu lebih dari sekadar download apps 'curi'. Kalau taknak curi apps, just uninstall installous je. Sbb byk kelebihan kalau phone di jailbreak. Ada activator, zephyr, custom profile dan byk lagi. Mostly free (mmg tak perlu bayar)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top