Assalamualaikum,

Dah lama saya tak update blog, buat peminat ayam. Saya mohon maaf. 

Saya teramat sibuk sejak sebulan yang lepas. Saya menguruskan kemasukan ayam di reban ayam saya yang baru. Ia bukan satu kerja yang mudah, disebabkan saya hanyalah "One Man Show" dalam business ni. Semuanya saya buat sendiri. Memanglah teramat sibuk.

Insya Allah, lepas ni saya akan update perkembangan perniagaan ayam saya. 

Ada dikalangan pembaca blog dan sahabat yang menghubungi saya di mana untuk mendapatkan gen set yang berkualiti pada harga yang murah. 

Apa yang pasti, ia memang murah. Saya dah buat survey di merata rata kedai dari Butterworth hingga ke Ipoh, dan saya dapati kedai ini menawarkan harga yang amat berpatutan.

Di kedai ini, terdapat pelbagai saiz gen set. Dari gen set yang kecil sehinggalah gen set yang besar. 


  Generator yang saya pilih untuk dilihat. Saiz generator ini adalah70kVA. Saiz generator untuk 100kVA pun ada. Harga RM20,000. Memang murah.


Gen Set ini pula bersaiz 120kVA. Memang besar. Tapi, saya hanya perlu gen set untuk saiz 100kVA.

Buat para pembaca atau penternak yang mahu menternak ayam dan bercadang untuk membeli gen set pada harga murah. Anda boleh hubungi saya. Saya akan beri nombor telefon pemilik kedai ini.

Insya Allah, saya pasti anda tidak akan mendapat harga generator yang murah di tempat lain.

Setakat ini, saya sudah rekemen kawan beli dari kedai ini dan amat berpuas hati. Ada jaminan 3 bulan.

Wassalam

Firdaus
mfms1981@yahoo.co.uk

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top