Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk berada di Taman Syurga pada malam tadi.

Malam tadi telah diadakan Kuliah Bulanan Al Fadhil Ustaz Shamsuri Ahmad di Surau Taman Kerian, Parit Buntar.  Setiap kali kuliah, hampir 1000 orang akan membanjiri surau ini.

Bilangan jemaah yang hadir menggambarkan kehebatan Al Fadhil Ustaz dalam menyampaikan ilmu agama. Cara beliau bercakap mudah diterima oleh orang ramai.

Malaysia patut mempunyai ramai penceramah hebat seperti Al Fadhil Ustaz.


Al Fadhil Ustaz Shamsuri Di Surau Taman Kerian Malam Tadi

Antara isi isi penting yang dikongsi oleh beliau adalah:

1) Sebelum keluar dari rumah, Rasulullah menganjurkan kita untuk membaca doa. Dimulakan dengan "Bismillahi Tawakkaltu Alallah, La Haulawa Khu Wataillah Billahil Azim"

Dengan membaca doa ini, kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah. Dan kita mendoakan agar Allah menyelamatkan kita sehingga kita pulang ke rumah nanti.

2) Sekiranya kita terbangun @ terjaga pada waktu malam. Kita perlu menyebut nama Allah. Kemudian, bacalah sedikit zikir memuji kebesaran Allah. Sekiranya selepas terjaga, kemudian kita bangun dan menunaikan solat sunat dan berdoa. Nescaya, Allah perkenankan doa itu.

3) Al Fadhil ustaz berkongsi pengalaman seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Gaza Palestin. Setiba di Gaza, sahabatnya ini bertemu dengan ramai rakyat Palestin.

Ramai di antara anak anak mereka dan ahli keluarga mereka yang sudah pun terkorban akibat serangan membabi buta oleh pihak Israel. Apabila ditanya adakah mereka sedih kehilangan ahli keluarga mereka. Mereka menjawab, mereka tidak sedih kerana ahli keluarga mereka mati syahid dalam berperang dengan Israel.

Kemudian, beliau bertanya apakah mereka tidak takut dengan serangan pihak Israel yang mampu untuk membunuh mereka?

Mereka menjawab, "Hasbiallahu Wa Ni'mal Wakil" yang bermaksud "Cukuplah Allah bagi kami. Allah adalah sebaik baik pelindung dan sebaik baik penolong.

Mereka beriktikad bahawa hanya Allah sahajalah yang dapat membantu mereka dan mereka menyerahkan segala galanya kepada Allah.

Subhanallah. Hebat sungguh tahap keimanan mereka.

4) Pembacaan Kitab Nurul Ihsan yang seterusnya menceritakan Bab Talak.

Banyak ilmu yang dipelajari pada malam ini. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kita yang beribadah kepada Nya.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top