Assalamualaikum,

Malam tadi, Maria ada bertanya kepada saya, "Bang, kenapa lama dah abang tak update blog?"

Saya jawab, "Bukan tak nak update blog, tapi sekarang ni abang kurang masa. Banyak kerja lain yang nak kena buat. Lagipun, sekarang abang tengah fokus tulis buku. Itu prioriti abang. Sebab tu abang tak sempat nak update blog."

"Kesian kat orang bila buka blog ni, tak dak update dari abang," Maria membalas.

Disebabkan permintaan Maria, saya cari sedikit masa untuk update blog malam ni untuk dikongsi bersama.

Kisah yang ingin saya kongsikan hari ini adalah mengenai hubungan kekeluargaan.

Percutian Keluarga

Sebentar tadi, saya ada bertemu dengan pembaca blog ini. Saudara Okaz dan adik adiknya. Rezqa, Rafiqa dan juga Ashraf. Mereka juga mempunyai adik beradik yang lain.

Apa yang menarik perhatian saya adalah hubungan mereka sekeluarga amat erat. Namun, kerjaya mereka menyebabkan mereka terpaksa tinggal berjauhan.

Okaz di Machang, Kelantan. Dr Rezqa di Seberang Jaya. Ustaz Rafiqa di Parit Buntar dan Cikgu Ashraf di Sabah.

Walaupun tinggal berjauhan, mereka sekeluarga mengambil inisiatif untuk mereka semua mengadakan percutian keluarga.

Mereka 'mewajibkan' semua adik beradik mereka untuk menyertai percutian ini. Mereka semua mesti membawa anak anak mereka bersama.

Apa yang saya perhatikan, melalui cara ini. Secara tidak langsung mereka dapat merapatkan hubungan adik beradik mereka sekeluarga. Tidak dilupakan, mereka juga membawa ibu bapa mereka bersama.

Sudah pasti, ini hadiah terbaik buat ibu bapa mereka. Apa lagi yang ibu bapa mahukan melainkan 'kasih sayang' daripada anak anak mereka.

Bagi saya, inisiatif yang mereka sekeluarga lakukan ini amat baik. Dan sudah pasti, program sebegini akan mendapat rahmat yang besar daripada Allah Taala. Sudah pasti, para malaikat akan bersama mereka sepanjang mereka merapatkan ukhuwah mereka sekeluarga.

Sudah pasti syaitan syaitan akan 'menangis' kerana gagal memutuskan tali persaudaran dalam sesebuah keluarga.

Bagaimana dengan kita?

Pernahkah kita terfikir untuk melakukan perkara yang sama?

Saya sekeluarga sendiri tak pernah merancang percutian sebegini. Walaupun ada hasrat di hati, tetapi komitmen kerja abang abang dan adik saya membataskan kemampuan kami untuk merancang percutian sekeluarga.

Tapi, bagi saya ia sesuatu yang perlu kita fikirkan.

Cuba ambil inisiatif. Buat perancangan awal. Tetapkan suatu tarikh dan minta semua adik beradik kita untuk lapangkan tarikh tu. Dan pergilah bercuti kita sekeluarga.

Lakukan semata mata kerana Allah. Insya Allah, Allah akan lapangkan kita semua.

Jom.... Rancanglah percutian kita dengan keluarga pada tahun hadapan.

Jangan lupa, bawa ibu bapa kita sekali. Insya Allah, hidup kita semua akan diberkati Allah.

Semoga entri ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

1 ulasan:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top