Assalamualaikum,

Semalam, saya menerima kehadiran 40 pelajar MRSM PDRM, Kulim. Program ini sudah diatur oleh pihak Maktab sejak satu bulan yang lepas.

Program yang dirancang adalah saya memberi ceramah motivasi kepada para pelajar.

Mereka yang hadir adalah dikalangan pelajar yang terpilih dikalangan keseluruhan pelajar MRSM PDRM. Dan mereka juga adalah ahli Persatuan Usahawan Muda (PUM).

Bagi saya, pelajar MRSM hari ini lebih bertuah. Mereka didedahkan dengan konsep keusahawan lebih awal. Pihak MARA memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk mereka mendalam ilmu keusahawanan.

Pihak MRSM PDRM mengambil peluang untuk mengadakan program selama 8 hari untuk para pelajar mereka yang terlibat. Dan pihak guru terpaksa bekerja walaupun sekarang ini adalah hari cuti untuk mereka. Semoga, keikhlasan para guru untuk memajukan anak murid mereka ini mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Tiba Di Parit Buntar


Mereka tiba di Parit Buntar sekitar jam 9.20 pagi dengan menaiki bas MRSM PDRM.


Para pelajar turun dari bas dan terus ke rumah saya. Rumah saya betul betul di sempadan antara negeri Perak dan Pulau Pinang. Sebab tu anda boleh tengok papan tanda "Selamat Datang Ke Negeri Perak Darul Ridzuan". Setibanya mereka dirumah saya, mereka diberi taklimat mengenai program yang sudah di atur sepanjang hari ini untuk mereka.


Para pelajar mendengar perkongsian yang saya berikan kepada mereka mengenai pengalaman saya bergelar usahawan selama 7 tahun. Yang memudahkan saya adalah saya menggunakan TV untuk memaparkan slide slide yang berkaitan.
Ada 3 topik yang saya kongsi bersama mereka semalam. Sessi pertama "Motivasi Usahawan". Perkongsian pengalaman saya menjadi usahawan.
Kemudian ada sessi kedua, "Marketing Strategy, Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Kekayaan". Saya berkongsi teknik marketing yang betul yang digunakan pada hari ini.
Dan topik ketiga, "Social Media Marketing" iaitu bagaimana menggunakan social media untuk menjalankan perniagaan.


Gambar atas, Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Rancang perniagaan mereka serta strategi pemasaran yang akan digunakan. Gambar bawah, para peserta di jamu makan tengah hari. Nasi Tomato Ayam.

 
Tayangan video "Social Media Marketing" dan kemudian, para pelajar membuat 'presentation' business yang mereka ingin jalankan.

Yang terakhir, lawatan para pelajar ke reban ayam.
Alhamdulillah. Saya amat berpuas hati dengan respon para pelajar. Saya mendoakan agar mereka berjaya dalam pelajaran mereka dan berjaya dalam kerjaya mereka satu hari nanti.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top