Assalamualaikum,

Setelah 7 tahun menjalankan business. Akhirnya, saya bersedia untuk menulis buku untuk menceritakan segala pengalaman saya menjalankan perniagaan dari awal sehingga sekarang.

Dan saya menulis buku ini dengan harapan ia dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi seorang USAHAWAN YANG BERTAKWA.

Terlalu banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh ini, dan rasa amat rugi jika ia tidak dikongsi dengan orang lain.

"Ya Allah, aku mohon kepada Mu, Kau permudahkan urusanku untuk menulis buku ini. Aku menulis buku ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, Aku mahu berkongsi dengan orang lain agar meraka dapat merasai apa yang aku rasai selama ini ya Allah. Aku mahu mereka merasai kehebatan Mu. Aku mahu mereka merasai kekuasaan Mu.

Ya Allah, Aku mahu membuka minda masyarakatku untuk berani menjalankan perniagaan seperti mana yang Kau mahukan ya Allah. Aku mahu mereka menjalankan perniagaan berlandaskan ajaran islam yang Kau Mahukan ya Allah.

Ya Allah, sepanjang aku menulis ini, jauhilah aku daripada perasaan riya' dan takabbur. Jika ia berlaku, ia bukan diatas kemahuanku ya Allah. Ia berlaku di atas kejahilanku ya Allah. Ampunkan dosaku. Ikhlaskan hatiku ya Allah.

Ya Allah, permudahkan ku untuk menyiapkan buku ini dalam tempoh dua bulan dari sekarang ya Allah. Bantulah aku ya Allah"

Kepada para sahabat, tolong doakan saya.. Moga Allah permudahkan urusan saya.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim. Saya 'merasmikan' projek penulisan buku perkongsian pengalaman saya bergelar usahawan yang berjudul, "Jadilah Usahawan Yang Bertakwa".


Wassalam

* Tajuk buku yang sebenarnya masih lagi dirahsiakan. Ia lebih menarik dari tajuk di atas.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top