Assalamualaikum,
 
Malam tadi, buat pertama kalinya saya buat perjumpaan dengan pembaca blog Maria Firdaus secara terbuka.
 
Alhamdulillah. Buat pertama kalinya, saya bertemu 13 orang pembaca blog saya yang selama ni tak pernah jumpa pun. Mereka pun hanya mengenali saya di blog.
 
Mereka dari pelbagai latar belakang. Ada yang dah siap kertas kerja, dah nak start apply loan. Ada yang masih tercari cari 'rentak'. Ada yang sekadar nak survey. Adakah ayam business yang bagus.
 
Dan saya sebaik mungkin cuba untuk 'cater' kemahuan semua mereka yang hadir. Saya terangkan kepada mereka mengapa perlu ternak ayam, macam mana mula ternak ayam, macam mana nak buat loan, macam mana nak cari tanah untuk buat loan, cabaran dalam ternakan ayam, keuntungan dalam ternakan ayam, dan macam macam lagi.
 
Semuanya dibuat secara santai.
 

Mereka yang hadir. Kami berkumpul sekitar jam 8.30 malam. Saya tiba di situ jam 8.00 malam. Dan bersolat Isyak dahulu di suraunya. Dan mereka yang lain turut hadir sekitar jam 8.20 malam. Baguslah saya tengok mereka ni. Ada komitmen.


Makan nasi "Lamb Maghdud" di Al Rawsha. Nampak macam sedap ajer. (Okaz, jom makan nasi kambing jom)
 
Perjumpaan berakhir sekitar jam 10.30 malam. Tapi, last last minit lepas dah bangun pun ada lagi beberapa orang yang nak sembang sket lagi. Last last kami balik jam 11.00 malam.
 
Alhamdulillah. Selesai tugas saya berkongsi sedikit ilmu yang Allah berikan kepada saya. Semoga ia membantu mereka 'menyelesaikan' kekusutan di fikiran mereka.
 
Dan bertambah syukur, saya tak perlu bertemu mereka secara individu. Dan saya boleh menceritakan kepada 13 orang dalam tempoh dua jam. Berbanding terpaksa berjumpa seorang demi seorang dan setiap orang saya terpaksa bersembang hampir 2 jam. Ia banyak memudahkan saya.
 
Dan yang penting, saya mahu mereka yang berjumpa malam tadi tolong menolong antara satu sama lain. Saya tengok ada yang dah terkehadapan. Ada yang masih terkial kial.
 
Kalau boleh, kita semua sama sama 'bantu membantu' untuk maju ke hadapan. Ingat, hari ini kita tolong orang. Esok lusa, Allah akan 'hantar' orang lain untuk tolong kita bila kita susah. Percayalah !!!.
 
Oklah... Hingga berjumpa lagi. Kepada mereka yang berjumpa saya, semoga ada di antara anda yang akan menjadi jutawan satu hari nanti. Hasil daripada ternakan ayam daging.
 
Jangan lupa, doakan saya dalam doa anda. Semoga kita semua sama sama kaya dan berjaya.
 
Wassalam
 


2 comments:

  1. Menitik ayaq liuq, tengok lamb madghut wei!!

    ReplyDelete
  2. Hahah.. saja saya buh nama abang kat situ....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top