Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Tahun ini, kedua dua abang saya iaitu Norafizal Mat Saad dan Arman Zaharil Mat Saad dijemput untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kisah mereka menerima panggilan haji amat tragis.

Mereka mendapat panggilan last minute. Tahun ini, tak macam tahun tahun lepas. Tiada kota tambahan. Maka, mereka yang pergi menggunakan pakej pun banyak yang tersangkut.

Dan mereka yang mendapat panggilan pun, semuanya last minute. Memang betul betul last minute.

Saya sebagai adik pun rasa suspen. Bayangkan, mula mula mereka dikhabarkan dapat menunaikan haji. Tapi, unofficial. Mereka dijemput untuk pergi kursus haji perdana.

Kemudian, dikatakan kuota tak dapat. Kemudian di katakan dapat kerana ada sedikit kuota tambahan. Kemudian, dikatakan tak dapat. Di suruh ambil balik passport.

Bila dah nak ambil balik passport, tiba tiba kata boleh dapat. Wah wah... Macam Chipsmore la pulak. Kejap dapat. Kejap tak dapat.

Lepas tu, unoffically cakap kata dapat. Tunggu, boleh dipanggil anytime ke KLIA untuk terbang.

Dan, flight mereka sendiri juga hingga 3-4 kali ditukar. Mula mula hari Sabtu. Then kata hari Ahad. Then hari Isnin. Then hari Selasa.

Officially Dapat

Yang bestnya, mereka tak der surat official pun kata dijemput menunaikan haji dari Tabung Haji. Semuanya hanya menggunakan panggilan telefon. Ini disebabkan semuanya berlaku last minute.

Akhirnya, abang sulung saya Norafizal Mat Saad terbang pada 23/10 hari Isnin dan abang kedua saya terbang pada 24/10 hari Selasa.

Bayangkan, orang bertolak ke Arafah pada hari Rabu kerana hari Wukuf jatuh pada hari Khamis. Mereka terpaksa bergegas ke Mekah dah terus ke Arafah untuk berwukuf.

Nak dijadikan cerita, mereka menghadapi masalah yang sama untuk pengangkutan di Jeddah ke Mekah. 

Abang yang sulung, Norafizal Mat Saad mengambil masa 9 jam. 

Abang yang kedua Arman Zaharil ambil masa 8 jam. Sedangkan perjalanan antara Jeddah ke Mekah sepatutnya mengambil masa kurang dari 2 jam. Ujian buat mereka agak hebat.

Ini gambar-gambar mereka yang sempat dirakam dan mereka hantar kepada saya melalui Whatsapp:


 Ni Abang Norafizal Mat Saad. Abang sulung saya sedang membaca doa. Turut bersama adalah isterinya Kak Aza, kakak iparnya Kak Aida dan birasnya Abg Amran. Mereka pergi menggunakan Syarikat Ash Har. Dari Terengganu, saya ke Kelantan. Kemudian ke Shah Alam untuk menghantar mereka ke KLIA sebagai sokongan moral.


 Ni gambar abang saya yang kedua. Abg Arman dan Kak Maz. Mereka menggunakan 'driver' (Teksi) untuk ke KLIA.


 Tiba di Masjidil Haram. Mereka melakukan Tawaf Khudum dan terus melakukan Saie haji. Selepas itu, terus ke Arafah untuk persiapan menunaikan Wukuf.


 Ini gambar di padang Arafah. Berhampiran khemah khemah untuk mereka berteduh sementara menunggu hari Wukuf pada 9 Zulhijjah.


 Ini pula gambar kumpulan Ash Har. Semua mereka 'diwajibkan' bercukur untuk merebut ganjaran doa kerahmatan dari Rasulullah berbanding mereka yang bergunting. Kan dah botak Abang saya tu. Cer anda cari mana dia Norafizal Mat Saad?


 Mereka berjumpa di Mekah. Haji Arman, Haji Amran dan Haji Norafizal Mat Saad


 Hajjah Nor Aza, isteri Norafizal yang baru selesai melakukan ibadah wajib haji. Iaitu melontar di Jamrah.

 Ini gambar-gambar yang mereka hantar dari sana


Istana Raja Saudi disebelah Masjidil Haram.


Masjid Ja'ranah. Tempat bermiqat untuk melakukan Umrah setelah selesai menunaikan haji.

 Pintu King Abdul Aziz. Pintu No 1.


 Abang saya menggunakan Apps di Iphone untuk menentukan bilangan tawaf. Total distance untuk tawaf 1.23km dan masa 55.2 minit.


 Kawasan di luar Masjidil Haram yang dipenuhi dengan kren untuk pembesaran Masjid.


 Ni kubur di Maala. Mereka yang meninggal di Mekah akan dikebumikan di sini. Tahukah anda. Di sinilah ditanam kubur Ibunda kita. Siti Hawa. Isteri Nabi Adam. Dan dibawah pokok hijau itu lah terletaknya Makam Siti Hawa.

Ni Masjid Jin.

 Kami yang ada di Malaysia memberikan sokongan moral buat anak anak mereka di sini. Ibu bapa saya tinggal seminggu di rumah Abang Norafizal untuk menjaga anak mereka di Shah Alam. Besides, adik kak ipar saya, Atih dan Uda turut berganti ganti menjaga anak mereka.


Ini pula anak abang yang kedua. Mereka request untuk datang ke rumah saya untuk cuti sekolah kali ini. Dan akan pulang ke PJ pada 23/11 ni. Please pray for them ok. Semoga Allah stabilkan hati mereka.
Buat abang abang saya, Arman dan Norafizal Mat Saad dan kakak ipar saya, semoga mereka semua memperoleh haji yang Mabrur. Semoga dipermudahkan segala urusan di sana.
Wassalam

Keluarga Hj Mat Saad

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Subhanallah, Walhamdulillah, wa Lailahaillallahu Allahuakbar!

    Menitis air mata saya tak pasl-pasl baca dan lihat gambar dalam status ini.... :-)

    Betapa jemputan Allah datang dengan apa jua cara. Begitu juga saat dijemput selamanya nanti..... Allahurabbi, hebatnya perancangan Allah....

    Sahabat saya juga ada yang bertolak last minute begitu. Ada 3 penerbangan akhir termasuk dua abang awak ni Firdaus.

    Memang tak de surat TH kerana ia bukan kuota TH dan tidak diuruskan oleh TH. Kami bertanya di kauntaer TH daerah kami, ia adalah kuota Arab Saudi dan tidak diurus oleh mereka.

    Apa jua cara panggilanNya, mereka tetap TETAMU ALLAH.... malah istimewa, TAHNIAH....

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top