Assalamualaikum,
 
Dah lama saya tak buat projek amal kebajikan di Maria Firdaus ni. Di pendekkan cerita. Ada sebuah rumah anak yatim di Ipoh, Baitul Aini datang ke tempat saya dan mereka sekarang ini sedang mengadakan kutipan dana untuk pemasangan 30 unit kipas di bangunan baru mereka. Mereka sudah dapat 21 kipas. Cuma baki lagi 9 kipas diperlukan. Dan saya membeli 6 buah kipas untuk mereka.
 
* Untuk makluman. Mereka memang selalu datang ke tempat saya untuk kutipan perbelanjaan operasi mereka di sana. Jadi, jangan risau kesahihannya.
 
Mereka meminta sumbangan daripada saya. Disebabkan mereka mahu urgent dan saya tak sempat nak buat kutipan di blog ini. Saya dah advancekan duit untuk pembelian 6 set kipas syiling.
 
Setiap satu set berharga RM117 dan 6 unit berharga RM702. Saya bercadang untuk menderma RM100. Memberi ruang kepada para pembaca di blog ini untuk turut menyumbang. Bagi mereka yang mahu.
 
So, baki kutipan yang diperlukan adalah RM602. Saya memberi ruang seluas luasnya untuk anda menderma. Kalau ada sedikit, bagilah sedikit. Kalau ada banyak. Bagilah banyak. Jika tidak mencukupi, baki tu kira saya top up lah.. No problem...
 
Cumanya, saya minta tolong. Kalau dah derma, tolong tulis di bawah di ruangan komen berapa jumlah anda sumbang. Anda boleh tulis nama atau tidak. Yang penting, jumlah yang disumbangkan perlu dinyatakan. Ini untuk memastikan pembaca lain mengetahui berapa jumlah kutipan terkini.
 
 
Kipas sudah di beli. 3 kotak. Setiap kotak ada dua buah kipas. Total 6 kipas. Esok mereka akan datang ambil dari rumah saya.
 
Ok. To make it simple. Ini akaun Maybank saya. Mohd Firdaus Bin Mat Saad. 1521 1604 0160.
 
Terima kasih buat yang menderma. Semoga Allah merahmati kita semua atas usaha kecil ini.
 
KUTIPAN DANA INI SUDAH DI TUTUP. TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN.
 
Wassalam

5 comments:

  1. Alhamdulillah, sudah transfer $117.00

    Transaction date: 08 Nov 2012
    Transaction time: 18:13:01

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...RM30..terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam. Transfer RM50. 8/11/2012

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji

    Saya sudah transfer RM405.

    Terima kasih atas peluang buat pencen kubur

    ReplyDelete
  5. Kutipan dah mencukupi. Terima kasih semua.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top