Assalamualaikum,

Abang saya dari Mekah ada menghantar gambar aini kepada saya. Selepas melihatnya, saya betul betul rasa teruja. Ini kerana saya tidak pernah melihat gambar / replika Masjidil Haram selepas proses pembesaran.

Masjidil Haram yang sekarang ini dalam proses pembesaran disebelah sana. Selepas saya tengok, saya teruja. Ini kerana ia betul betul besar. Dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.

Subhanallah. Tak tahulah bila projek ini akan siap. Mungkin dalam setahun lagi kot. Tapi, rasanya lepas siap Masjidil Haram ini pasti lebih besar dari sekarang. Hanya mereka yang sudah menjejakkan kaki ke Mekah dapat menggambarkan betapa besarnya projek pelebaran masjid ini.

Insya Allah, ada rezeki tahun hadapan nak pergi lagi menziarahi Mekah. Semoga Allah mudahkan. Amin.

Wassalam

* Sila LIKE dan KOMEN jika anda mahu rakan rakan anda juga melihat replika terbaru Masjidil Haram ini.

2 comments:

  1. Subhanallah, memang lah amat luas Masjidil Haram jika siap pembesaran ini. Jenuh ler nak berjalan kalau masuk dari pintu King Abd Aziz utk ke ruangan yg baru ni..... Ya Allah murahkan lah rezeki kami utk ke sana lagi.....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top