Assalamualaikum,

TERUJA SANGAT !!!!

MAHA sedang berlangsung di KL. Dan baru baru ni, saya terfikir dah bertahun tahun MAHA di buat tapi, saya tak pernah pun pergi.
 

Ini satu perkara.

Perkara yang kedua, pagi ini, saya berfikir. "Apa yang aku boleh buat hari ini untuk tambah nilai hidup orang lain?"

Sampai tengah hari, belum nampak apa yang saya boleh buat untuk membantu orang lain... Uhuksss...

Sampai waktu petang... Dah tak nampak apa yang boleh diberi...

Saya ke kedai makan, saya beli nasi lemak 40 bungkus untuk diberi kepada driver driver lori ayam yang datang ke reban saya berserta para pekerja saya.

Disebelah kedai makan tu, saya nampak ada orang jual durian. Hmm... Saya pun belilah durian untuk beri pekerja dan driver lori ayam makan.

Nampaknya, ini aja yang boleh diberi hari ini.

Tiba Tiba

Sekali.. petang tadi saya menerima telefon daripada penganjur MAHA.

"En Firdaus, kita nak jemput En Firdaus untuk bagi ceramah Motivasi Usahawan kepada 1000 usahawan di Program MAHA. Mereka adalah usahawan yang menceburi bidang pertanian. Hari Jumaat ini, jam 3.00 petang di MAHA"

Allah Allah. Sekali lagi, Allah mendengar suara hati hambaNya ini. Walaupun saya amat sibuk sekarang ini. Namun, saya memilih untuk pergi. Inilah peluang untuk saya beri inspirasi kepada orang lain.

Ini peluang untuk saya menambah nilai hidup kepada lebih ramai orang lain.


Inilah peluang termudah untuk saya mencari pencen kubur.

Semoga Allah mudahkan urusan saya.... Amin.

Because this program is so special... Saya perlu merangka balik apa yang hendak saya sampaikan agar ia tepat, padat dan terkesan dihati para usahawan nanti.

Wassalam

1 comments:

  1. Assalamualaikum...

    setelah lama membaca blog tuan haji,baru ni nak tinggal jejak..

    Moga dipermudahkan segala urusan.

    Wak,
    TDI.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top